REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Wednesday, June 15, 2011

RM30 juta aliran tunai peserta Bersih 2.0

Peserta himpunan yang bakal hadir pada Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai nanti adalah seramai 300 ribu orang yang datang dari seluruh negara dengan membawa duit perbelanjaan masing-masing, sekurang-kurangnya RM100 seorang.

Ketua Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kayat berkata, dalam masa 3 jam sahaja, aliran tunai paling minima di kalangan peserta himpunan Bersih 2.0 adalah RM30 juta kerana mereka akan berbelanja seperti membeli makanan, minuman, pakaian dan lain-lain.

"Bukan semua mereka berkenderaan ke Kuala Lumpur. Sebahagian besar mereka menaiki kenderaan awam. Oleh itu perkhidmatan bas, teksi, LRT dan lain-lain akan mendapat pulangan yang berganda.

"Kenyataan yang menyatakan bahawa penjaja, peniaga dan pemandu teksi akan mengalami kerugian adalah hujah yang paling dangkal di abad ini," ujar beliau.

Menurutnya, minda anak-anak muda diyakini sudah jauh terbuka terhadap himpunan aman, apabila masyarakat di tanah air kini sudah boleh menerima bahawa himpunan aman adalah satu keperluan kepada negara demokrasi seperti Malaysia.

Katanya, pelancong-pelancong yang datang ke negara ini diyakini turut berpuas hati melihat himpunan yang diadakan itu kerana ia berlangsung dengan aman yang sekali gus menggambarkan keharmonian di tanah air.

Beliau berkata, keadaan itu samalah juga seperti mereka melihat sambutan Maulidur Rasul dan perayaan Thaipusam di Batu Caves yang berlangsung dengan aman. Menurut beliau, oleh itu, pihak polis perlulah bekerjasama dengan penganjur bagi menjayakan aktiviti itu, dengan membuat reformasi dalam menguruskan himpunan aman tersebut.

Katanya, jika pihak polis bersedia membuat reformasi dalam menguruskan himpunan aman itu, tiada kekacauan akan berlaku dan pihak polis akan dihormati oleh rakyat dan masyarakat antarabangsa.

"Semua pihak hendaklah saling hormat menghormati antara satu sama lain. Pihak kerajaan, Polis, Jawatankuasa Bersih 2.0, Perkasa, Pekida, parti-parti politik dan lain-lain pihak harus menghormati kebebasan yang dijamin oleh Perlembagaan," katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily, hari ini.

Sebagai contoh, menurut beliau, mengapa tidak pihak polis membuat reformasi dalam menguruskan peserta himpunan dengan meletakkan anggota polis di sepanjang jalan dari Jalan Chow Kit ke Istana Negara, dengan Ketua Polis Negara memandu Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga ke Istana Negara.

Manakala di laluan yang lain, katanya, Timbalan Ketua Polis Negara pula mengiringi Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali menuju ke Istana Negara.

Ketua Penerangan Umno Malaysia, Datuk Ahmad Maslan seperti yang dilaporkan media tempatan baru-baru ini menyatakan bahawa Himpunan Bersih 2.0 akan menyusahkan rakyat, penjaja, peniaga dan pemandu teksi.

Beliau turut menyifatkan himpunan itu adalah ancaman kepada ekonomi negara, khususnya industri pelancongan dan pelaburan asing. Menurut Suhaizan, perkara pertama yang wajib difahami oleh Datuk Ahmad Maslan adalah himpunan aman tanpa senjata adalah dijamin oleh Perkara 10 Perlembagaan Malaysia.

"Ini bermakna bahawa himpunan tanpa senjata adalah halal di sisi undang-undang negara. Semua warganegara Malaysia mempunyai hak yang sama untuk hadir dalam himpunan aman," tegasnya.

~harakah~

No comments: