REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Wednesday, March 30, 2011

Operasi kesan alat pengintip di pejabat MB

Kerajaan Selangor melantik sebuah firma perunding keselamatan untuk mengesan alat perakam rahsia di pejabat menteri besar bagi menghalang kegiatan pengintipan dilakukan di premis berkenaan. Menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, firma Akhbar Associates itu akan menjalankan operasi itu secara rawak ke atas pejabat berkenaan.

Turut terlibat dalam operasi itu ialah pejabat anggota exco kerajaan negeri yang juga terletak di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, katanya.

Operasi itu dijalankan bagi mengesan alat perakam, kamera video dan alat-alat pengintipan, katanya ketika menjawab satu soalan daripada Datuk Subahan Kamal (BN-Taman Templer) dalam sidang DUN negeri itu hari ini.

Dalam pada itu, Khalid turut menjelaskan bahawa siasatan masih berjalan ekoran penemuan sebuah kamera perakam video di pejabatnya Ogos lalu. Katanya, siasatan awal mendapati bekalan kuasa bagi kamera tersebut telah dibeli dari sebuah kedai di Subang manakala kamera itu sendiri dikeluarkan di Kulim High-Tech Park oleh sebuah syarikat tempatan.

~MK~

No comments: