REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Wednesday, March 30, 2011

PKR juga perlukan kerusi majoriti Cina

Walaupun PKR, DAP dan PAS telah dimuktamadkan pembahagian kerusi menjelang pilihan raya negeri Sawarak, namun PKR masih berharap dapat bertukar kerusi pada saat akhir dengan DAP. PKR mahu bertanding satu kerusi di tiga bandar terbesar di Sarawak - Kuching, Sibu dan Miri.

Masyarakat Cina merupakan pengundi majoriti di kerusi dalam kawasan bandar, dan kerana itu, DAP mahu bertanding di sebahagian kerusi terbabit. DAP hanya bersetuju PKR bertanding kerusi Senadin di Miri and Padungan di Kuching. PKR mahukan kerusi Dudong di Sibu, tetapi DAP enggan memberi laluan.

Naib presiden PKR Tian Chua menjelaskan bahawa PKR perlu mengekalkan kehadiran minimumnya di kawasan bandar majoriti Cina bagi mencerminkan agenda kepelbagaian budaya parti itu. Beliau menganggap keputusan semasa akan menjejaskan pembangunan PKR sebagai sebuah parti yang mewakili pelbagai kaum di Malaysia.

Pada masa yang sama , tambahnya, ia mengukuhkan lagi persepsi bahawa DAP adalah penduaan MCA atau SUPP.

Chua menegaskan bahawa - walaupun PKR mengiktiraf kekuatan DAP di kawasan bandar majoriti Cina dan di kubu tradisinya - parti tersebut juga patut memperluaskan pengaruhnya di kawasan bukan majoriti Cina.

"Sejak tahun lepas, kami telah menggalakkan DAP supaya berkembang dan bertanding di kawasan di mana penduduk asal merupakan kumpulan majoriti.

“Kami bersedia berjasama dan menyokong DAP supaya mereka boleh berkongsi kerusi majoriti bukan Cina dan benar-benar menonjolkan parti itu sebagai parti pelbagai kaum.”

Bagaimanapun, semasa rundingan malam Ahad lalu, kepimpinan DAP Sarawak tidak bersetuju, dakwa Chua.

~MK~

No comments: