REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Wednesday, March 30, 2011

Tinggal Kalau Tiada Perjuangan Sejati

Ketua wira Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Arman Azha Abu Hanifah hari ini mengumumkan peletakan jawatannya secara serta merta. Katanya, beliau membuat keputusan itu "atas dasar prinsip" kerana PERKASA tidak mempunyai political will atau keupayaan politik dalam perjuangannya.

Arman berkata, beliau telah lama berkira-kira untuk meletakkan jawatan kerana PERKASA tidak berjaya mengetengahkan isu yang diperjuangkannya. Isu itu termasuk kuota 30 peratus untuk Bumiputera dan juga hak istimewa dalam Model Ekonomi Baru.

Walaupun telah meletak jawatan, Arman, 35, menegaskan bahawa beliau masih lagi ahli seumur hidup PERKASA. Arman yang dilantik ke jawatan itu sejak lebih dua tahun lalu berkata, beliau akan menemui presidennya Datuk Ibrahim Ali berhubung peletakan jawatannya itu.

"Saya tidak ada dendam atau apa-apa kekesalan terhadap mana-mana pemimpin PERKASA.

"Saya amat menghormati Datuk Ibrahim Ali yang saya anggap sebagai bapa saya sendiri," katanya.

Arman yang juga ketua penerangan pemuda Umno bahagian Petaling Jaya Utara berkata, beliau telah berkira-kira untuk meletak jawatan sejak lebih dua bulan lalu. Dalam pada itu beliau turut menafikan dakwaan bahawa beliau bertindak demikian kerana tidak menerima projek daripada PERKASA.

"Bukan kata ada orang lamar saya dengan berjuta-juta. Itu semua fitnah.

"Kalau saya gila jawatan, saya tidak akan letak jawatan," kata Arman lagi sidang media di sebuah restoran di ibu negara petang ini.

Ditanya lanjut, Arman berkata beliau menyerahkan kepada anggota jawatankuasanya sama ada akan turut meletak jawatan.

~MK~

No comments: