REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Wednesday, March 30, 2011

Semua Pemandu Berisiko Di Jalan Raya

Perbincangan mengenai kemahiran memandu di kalangan golongan lelaki dan wanita semakin galak diperkatakan, malah turut mendapat ulasan darpada ketua pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS), Professor Dr Ahmad Farhan Mohd Sadullah.

Isu berkenaan hangat diperkatakan apabila ia mula ditimbulkan oleh ahli parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin dalam satu sidang Dewan Rakyat pada hari Isnin lalu. Beliau dilaporkan berkata, cara pemanduan kebanyakan wanita di Malaysia negara ini amat berbahaya sehingga boleh menyebabkan kemalangan.

Kenyataannya itu menerima bantahan keras daripada beberapa ahli parlimen dan juga NGO wanita yang menyifatkan Bung Moktar sebagai seorang seksis kerana berpandangan demikian.

Dalam satu kenyataan hari ini, Ahmad Farhan tampil mempertahankan kaum wanita dengan mengemukakan data yang menunjukkan bahawa pemandu lelaki lebih banyak terlibat dalam nahas jalan raya – sehingga 2.4 kali lebih banyak.

Ahmad Farhan juga mengemukaakan analisisnya yang menunjukkan bahawa lelaki 2.5 kali lebih berisiko dalam nahas jalan raya berbanding wanita. Bagaimanapun, wanita juga lebih ramai terlibat dalam kemalangan jalan raya berdasarkan data yang dianalisis MIROS bagi tempoh 2006 sehingga 2009, katanya.

"Namun data ini menunjukkan penglibatan pemandu dalam kemalangan dan tidak menyatakan sama ada mereka yang menjadi punca kemalangan tersebut.

"Oleh itu, kesimpulan yang boleh dibuat hanyalah bahawa risiko telah bertambah, tetapi siapa yang mengakibatkan kemalangan tidak dapat dikenalpasti melalui data yang ada," kata Ahmad Farhan dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut menepis pandangan yang mendakwa pemandu kaum hawa bersikap lebih agresif di jalan raya. Ahmad Arfan berkata, pandangan itu mungkin hanya satu persepsi kerana jumlah pemandu wanita semakin meningkat di seluruh dunia.

"Persepsi yang sama juga berlaku apabila kita melihat seorang penunggang membawa motorsikalnya dengan berbahaya, dan kita sering menyangka bahawa semua penunggang motorsikal begitu.

"Sebenarnya hanya minoriti yang berkelakukan demikian. Inilah masalah persepsi yang boleh membuatkan kita membuat dakwaan tertentu, katanya lagi.

Beliau turut menyatakan bahawa kaum lelaki dan wanita mempunyai kelebihan dan kelemahan yang berkait dengan cara pemanduan mereka.

Katanya, wanita kurang berkeupayaan untuk mengagak ruang dan jarak yang menyebabkan kaum hawa lebih berwaspada ketika memasuki simpang, meletakkan kenderaan dan juga ketika memotong kenderaan lain.

"Semasa memandu, seorang wanita juga akan memikirkan beberapa perkara, tetapi memandangkan pemanduan memerluan gandingan aksi dan reaksi, ada kalanya, sesetengah wanita akan melakukan kesilapan.

Menurutnya lagi, pemandu lelaki pula mempunyai kemahiran dalam pergerakan tubuh badan (psikomotor) yang lebih tinggi berbanding wanita.

"(Keupayaan) ini sering menjadikan lelaki bekeyakinan dan seringkali juga 'terlebih yakin' sehinggakan kebanyakan lelaki sering mengambil risiko dengan memandu laju dan dengan secara berbahaya.

"Tidak ada masalah untuk berhati-hati tetapi dalam situasi sebegini, samada tindakan adalah berbentuk teragak-agak, ataupun tindakan berbentuk melulu, kedua-duanya boleh menimbulkan risiko," katanya lagi.

~MK~

No comments: