REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Friday, April 8, 2011

Keadilan Untuk Sarbani

PAS akan memperjuangkan keadilan terhadap kematian pegawai Kastam Selangor, Allahyarham Ahmad Sarbani Mohamed, 56, hingga punca kematian tersebut didedahkan.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata demikian ketika ditemui di Muara Tuang, mengulas isu kematian pegawai Kastam tersebut semasa berada di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), semalam.

Katanya, satu siasatan komprehensif yang telus perlu dilakukan mengenalpasti punca kematian, dan yang paling penting adalah bagaimana kenyataan polis mengklasifikasikan kematian itu sebagai 'kematian mengejut'.

Ujarnya, polis perlu memberi penjelasan apakah yang dimaksudkan dengan kematian mengejut, sedangkan terdapat kecedaraan parah dikepala mangsa.

Malah, siasatan juga perlu tertumpu kepada bagaimana adanya dakwaan beberapa akhbar dan pihak tertentu Sarbini mati dan ditemui di tingkat satu bangunan SPRM Kuala Lumpur dekat Jalan Cochrane, katanya.

Selain itu, terdapat laporan yang menyatakan Sarbini juga murung selepas siasatan SPRM, justeru bagi Mahfuz siasatan juga perlu meneliti aspek bagaimana kemurungan itu berlaku ke atas mangsa.

"Apakah punca kemurungan itu, dan bagaimana dia boleh murung," katanya.

KPI Najib lemah

Dalam pada itu, Mahfuz juga menyelar ketidakcekapan dan KPI menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pentadbirannya hingga menyebabkan kehilangan wang yang begitu banyak di petringkat kastam.

Malah lebih malang, bukan setakat kehilangan wang, ianya juga menyebabkan kehilangan nyawa seorang penjawat awam yang sedang menghadapi siasatan oleh SPRM, katanya.

Dalam isu ini, Menteri Kewangan sebenarnya menunjukkan KPI yang sangat lemah dan tidak menepati apa yang telah digariskan sebelum ini terhadap kementerian-kementerian lain, katanya.

Mahfuz akan mencadangkan satu Jawatankuasa Bebas dengan memanggil pihak-pihak yang berwibawa, bebas dan memiliki kepakaran dalam kes-kes sebegini untuk menjalankan penyiasatan awam.

PAS juga bersedia membawa pasukan guaman kepada keluarga mangsa bagi memperjuangkan kes kematian ini agar keluarga mangsa mendapat keadilan yang sebenar, katanya.

~harakah~

No comments: