Kes seorang pegawai kastam yang ditemui mati di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur semalam adalah berbeza dengan kes Teoh Beng Hock, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak."Apa yang saya diberitahu, dia datang secara sukarela ke pejabat SPRM hanya nak tukar statement (kenyataan) yang telah diberikan kepada SPRM sebelum ini. Dia mohon nak tukar statement.
"Dalam masa SPRM memanggil IO (Pegawai Penyiasat) kes berkenaan, sekelip mata sahaja kejadian itu berlaku. Ini berbeza dengan kes Teoh Beng Hock," kata Perdana Menteri kepada pemberita di Kuching hari ini.
Sehubungan itu, Najib berkata beliau telah mengarahkan polis dan SPRM melakukan siasatan secara rapi, telus dan profesional. Beliau juga berharap siasatan secara terperinci dapat dijalankan
segera kerana kerajaan tidak akan cuba melindungi apa-apa perkara.
Katanya, ini perlu bagi mengenal pasti apa sebenarnya yang berlaku dalam kejadian yang melibatkan Penolong Pengarah Kastam Selangor Ahmad Sarbani Mohamed, 56.
Semalam, Allahyarham Ahmad Sarbani ditemui mati di atas gelanggang badminton di tingkat satu pejabat SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Jalan Cochrane setelah dilaporkan datang untuk bertemu pegawai penyiasat berhubung siasatan kes rasuah membabitkan Kastam Diraja Malaysia yang dibongkar baru-baru ini.
Teoh pula ditemui mati di koridor luar tingkat lima bangunan Plaza Masalam di Shah Alam, yang turut menempatkan pejabat SPRM Selangor di Tingkat 14, selepas memberi keterangan sebagai saksi siasatan di bangunan itu.
~MK~
Memang la tak sama Najib oii.. macam la nama Najib Razak dengan Razak Baginda.. kan tak sama.. tapi ada yang sama.. kalau kes DS Anwar kena tubuh suruhanjaya diraja kenapa tidak kes DS Najib dan Althantuya juga perlukan suruhanjaya diraja.. kenapa tak disiasat DS Najib.. masuk akalkah dua anggota polis Unit Tindakan Khas (UTK) suka2 membunuh Althantuya? Sama seperti 2 kematian misteri di SPRM ini yang tak masuk akal dengan alasan kematian yang diberi.. kalau siri CSI setiap persoalan diselesai sehingga ke puncanya dan motif.. isu video seks Datuk T diselesaikan satu persatu.. polis sepatutnya mampu menyelesaikan ikes yang semudah itu.. polis pun sudah mengumumkan penyiasatan mereka sudah hampir selesai.. kenapa DS Najib perlu masuk campur.. seperti juga kes liwat, DS Najib jelas masuk campur dan menghina mahkamah.. DS Anwar belum dibicarakan telah dipecat tetapi ADUN Lenggeng sebagai contoh.. sudah dijatuhkan hukuman tapi masih tidak dilucutkan jawatan.. Ada duajenis undang2 di negara ini.. satu untuk pro BN dan satu lagi untuk sebaliknya.. 2Malaysia.
~shahrulnizam~
No comments:
Post a Comment