REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Tuesday, April 5, 2011

Nasib Baik Awal Biawak Ni Keluar Sebelum Jadi Katak

Penyandang kerusi DUN Padungan, Dominique Ng yang tidak disenaraikan sebagai calon PKR untuk pilihan raya Sarawak hari ini mengumumkan keluar parti, dan bertanding sebagai calon Bebas.

Beliau tidak menyatakan kerusi yang akan ditandinginya tetapi membayangkan mungkin di Padungan atau Batu Lintang.

Sambil menyifatkan keputusan itu sebagai “pertembungan prinsip”, Ng  berkata beliau dipaksa berbuat demikian oleh para pengkhianat dalam PKR.

Katanya, beliau juga telah bosan kerana sentiasa perlu berjaga-jaga sama ada ada orang yang akan menikamnya dari belakang.

“Kerana itulah saya terpaksa meninggalkan PKR,” katanya dalam satu sidang akhbar di pusat perkhidmatannya di Kuching.

Jika Ng memilih bertanding di kerusi lamanya di Padungan, beliau akan berentap dengan calon DAP, Wong King Wei. Tetapi jika bertanding di Batu Lintang, Ng akan bersemuka dengan bekas rakan dalam PKR, See Chee How.

Apa pun, sebarang pertandingan tiga penjuru akan menambah peluang BN untuk menang, kerana perpecahan undi untuk pembangkang. Sebelum ini, PKR dan DAP bersetuju bertukar kerusi dengan DAP bertanding di Padungan dan PKR diberi kerusi Batu Lintang.

Dominique bagaimanapun digugurkan dalam senarai calon PKR yang diumumkan semalam. Parti itu menamakan See sebagai calon PKR di Batu Lintang. Parti itu akan bertanding di 48 kerusi dalam pilihan raya negeri Sarawak pada 16 April ini

~MK~

No comments: