REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Friday, April 8, 2011

Nazri Botak Sepatutnya Letak Jawatan Bukan Kassim

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Abu Kassim Mohamed tidak perlu meletak jawatan walaupun terdapat desakan untuk berbuat demikian manakala operasi 3B yang sedang dijalankan SPRM akan diteruskan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

"Kita tidak jangka benda ini hendak berlaku dan itu juga bukan kehendak SPRM. Jadi saya tidak setujulah kalau desakan untuk Abu Kassim letak jawatan kerana ia tidak akan menyelesaikan masalah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas desakan beberapa pihak agar kerajaan mengambil tindakan sama ada meminta Abu Kassim meletak jawatan atau menggantung tugasnya sebagai mengambil tanggungjawab atas kematian Penolong Pengarah Kastam Selangor Ahmad Sarbani Mohamed, 56 yang ditemui mati di Tingkat Satu, pejabat SPRM Wilayah Persekutuan, Jalan Cochrane di sini, semalam.

Ahmad Sarbani (kiri) adalah antara 62 pegawai kastam yang ditahan SPRM dalam Operasi 3B pada pukul 1 petang, 1 April lepas di Pejabat Kastam, Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang bagi membantu siasatan rasuah, aktiviti pengubahan wang haram dan pelbagai kesalahan lain. Bagaimanapun beliau dibebaskan dengan jaminan pada 2 April.

Bercakap kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini, Nazri berkata kes tersebut masih dalam siasatan polis dan sebarang tindakan hanya boleh diambil selepas selesai siasatan. Nazri juga menegaskan Operasi 3B akan diteruskan demi kepentingan rakyat dan negara walaupun beberapa pihak dikatakan akan berdemonstrasi berhubung perkara itu.

"Yang penting Ops 3B akan terus berjalan dan tidak akan terhenti. Kita tidak hirau kalau ada mana-mana pihak nak berdemonstrasi.

"...apa yang penting duit yang hilang yang disabitkan aktiviti oleh sesetengah kakitangan kastam yang tidak betul menjalankan tugas kita akan ambil tindakan," katanya.

Ditanya bentuk tindakan yang boleh dikenakan ke atas mana-mana pegawai kastam yang menyertai demonstrasi itu, beliau berkata pihak berkuasa akan bertindak tanpa mengira sesiapa sekiranya didapati melanggar undang-undang.

Nazri juga menegaskan bahawa kerajaan juga tidak mempunyai masalah untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat kes berkenaan sekiranya terdapat permintaan yang berpandangan bahawa kejadian itu mempunyai kepentingan awam.

"Kerajaan tak ada masalah kerana pada kita kalau ia merupakan kepentingan awam dan dalam hal ini saya rasa memang ada faktor itu. Jadi, kalau nak tubuhkan suruhanjaya, tubuhkanlah. Kita juga hendak membersihkan nama SPRM," katanya.

Dalam perkembangan lain, Nazri turut menerima dua memorandum daripada Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Datuk Ibrahim Ali bagi pihak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mendesak kerajaan supaya menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat video aksi seks melibatkan pelaku mirip pemimpin pembangkang.

Memorandum kedua pula mahu kerajaan menubuhkan sama ada suruhanjaya diraja atau mengadakan inkues bagi menyiasat kematian Ahmad Sarbani.

"Memorandum daripada Perkasa berhubung isu video seks menguatkan lagi hujah untuk dibawa kepada pengetahuan kabinet pada mesyuarat esok, manakala usul berkaitan kematian anggota kastam akan diperhalusi sementara menunggu siasatan polis selesai," kata Nazri.

~Bernama~

No comments: