REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Wednesday, April 6, 2011

Pengundi Akan 'Sembelih' Pengkhianat Ini

Penyandang kerusi DUN Padungan, Dominique Ng, mengakhir spekulasi dengan menyerahkan borang pencalonannya sebagai calon Bebas untuk mempertahankan kerusinya dalam pilihan raya Sarawak 16 April ini.

Beliau akan berdepan dengan pertandingan tiga penjuru yang membabitkan calon SUPP, Sim Kiang Chiok dan Wong King Wei dari DAP. Ng, yang keluar PKR semalam, tiba di pusat penamaan calon di Kuching pagi ini dengan diiringi penyokongnya dan kelihatan yakin.

Difahamkan, Ng akan menggunakan lambang bunga kebangsaan - bunga raya - sebagai simbolnya. Walaupun popular di kalangan penduduk tempatan, tetapi beliau mungkin berdepan dengan tugas berat tanpa sokongan mana-mana jentera parti.

Ini bukan kali pertama Ng bertanding secara solo. Bekas pengerusi PKR Sarawak itu pernah bertanding sebagai calon Bebas menentang setiausaha DAP negeri itu, Chong Chieng Jen dan calon BN bagi kerusi parlimen bandar Kuching pada 1999.

Sekalipun BN menang, tetapi Ng berjaya memperolehi 3,950 undi lebih daripada Chong. Keputusan Ng keluar PKR kali ini ialah berpunca daripada keputusan parti itu untuk bertukar kerusi Padungan miliknya dengan kerusi Batu Lintang, milik DAP.

~MK~

No comments: