REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Friday, April 8, 2011

Tubuh Suruhanjaya diraja siasat kematian kedua di SPRM

Aktivis hak asasi manusia dan ahli politik hari ini mendesak supaya suruhanjaya diraja (RCI) ditubuhkan untuk menyiasat kematian misteri kedua di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang hari ini bertindak menahan kerja dua pegawainya.

Pegawai SPRM menemui mayat timbalan pengarah kastam, Ahmad Sarbani Mohamed, 56, di luar bangunan suruhanjaya itu selepas dia datang untuk menemui pegawai penyiasat.

Ahmad dipercayai jatuh dari tingkap tingkat tiga di mana dia menunggu untuk menemui pegawai penyiasat.

Insiden tersebut mengimbau kembali kes kematian seorang pembantu politik, Teoh Beng Hock pada 2009, yang juga jatuh dari tingkat pejabat SPRM, selepas disoal siasat sebagai seorang saksi dalam satu kes rasuah.

Kematian Ahmad mencetuskan kecaman hebat terhadap SPRM. Ahmad adalah antara 62 pegawai kastam yang ditahan pada 1 April dalam kempen memerangi rasuah dan pengubahan wang haram.

"Kami mahu suruhanjaya siasatan diraja ditubuhkan segera untuk menentukan bukan sahaja punca kematian tetapi bagaimana dua kematian yang serupa, boleh berlaku," kata penyelaras kanan Suaram, Nalini Elunalai kepada AFP.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Abu Kassim Mohamed berkata dalam satu kenyataan semalam bahawa, beliau akan menjalankan "siasatan dalaman yang komprehensif" dan menteri undang-undang, Datuk Seri Nazri Aziz pula berkata siasatan rasuah berkenaan akan diteruskan walaupun berlaku kematian tersebut.

Desak rombakan SPRM

SPRM, dalam satu kenyataan hari ini, berkata suruhanjaya itu telah menahan kerja dua pegawainya kerana dikatakan gagal mematuhi peraturannya berkaitan dengan saksi dan suspek.

Ia ekoran mereka dikatakan gagal melaksanakan tugas mereka untuk bersama saksi/suspek sepanjang waktu semasa kehadiran mereka di premis SPRM.

Bagaimanapun, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, yang juga setiausaha agung DAP, mendesak supaya badan anti-rasuah itu dirombak.

"Walaupun SPRM berjanji kes seumpama itu tidak akan berulang... tetapi kematian Ahmad menunjukkan SPRM tidak belajar dari kematian Teoh," katanya dalam satu kenyataan.

~MK~

No comments: