REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Tuesday, April 5, 2011

Utusan, Kosmo dan TV3 media lucah

Akhbar Utusan Malaysia, Kosmo dan TV3 akan diisytiharkan sebagai media lucah dalam satu program anjuran PAS Johor malam ini. Ketua Penerangan PAS Johor, Mazlan Aliman  dalam kenyataannya kepada Harakahdaily berkata, majlis tersebut akan bermula jam 9.30 malam di markas PAS Taman Dahlia, Tampoi, Johor Bharu.

Kata beliau, semua pimpinan utama Pakatan Rakyat negeri Johor akan sama-sama dalam pengistiharan tersebut yang akan disusuli dengan pembakaran akhbar Utusan dan Kosmo sebagai protes dan mesej (bantahan) kepada media tersebut.

Katanya, tindakan itu merupakan bantahan terhadap loporan keterlaluan akhbar serta syarikat televisyen tersebut dalam melaporkan isu rakaman video seks yang sedang hangat diperkatakan ketika ini.

"Pendekatan membesar-besarkan isu seks ini langsung tidak menyumbang pembinaan masyarakat madani dalam negara ini. Ia hanya mendedahkan cerita-cerita kotor dan jijik kepada masyarakat yang akan didengar atau dibaca oleh semua golongan termasuk remaja," kata beliau.

Malah Mazlan turut mendakwa pihaknya hari ini menerima banyak aduan daripada rakyat yang marah dengan perkembangan tersebut.

Isu klip rakaman video seks yang cuba dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi laporan utama media-media arus perdana hari ini apabila sebahagian daripada klip itu dimuat naik dalam youtube dipercayai bermula semalam.

~harakah~

No comments: