REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Monday, April 4, 2011

Video seks mesti ditanda eksibit parlimen

Karpal Singh hari mengulangi permintaannya kepada Speaker Deawn Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia bagi membenarkan semua ahli parlimen menonton video yang ditayangkan di hotel Carcosa Seri Negara.

Namun, kali ini beliau mahu video itu ditandakan sebagai eksibit dan semua ahli parlimen dibenarkan mengundi mengikut firasat mereka. Karpal juga menekankan bahawa Anwar mesti dibenarkan hadir untuk tayangan itu meskipun beliau kini digantung enam bulan daripada menghadiri sidang Dewan.

“Saya mahu jaminan dari Pandikar bahawa... sebelum tayangannya (video itu) ia mesti ditandakan sebagai eksibit dan menjadi sebahagian daripada prosiding Dewan dan juga sebahagian daripada Hansard sebagai eksibit,” kata Karpal dalam satu kenyataan.

“Tanpa jaminan ini, tidak boleh diadakan tayangan yang efektif di Dewan. Pra-syarat ini tidak boleh diabaikan.

“Saya tidak mahu apa yang berlaku pada 1992 berulang,” katanya.

Pada 1992, Karpal menyerahkan pita video seks yang dikatakan membabitkan timbalan speaker ketika itu, Datuk DP Vijandran tetapi tiada tindakan yang diambil.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata keputusan sama ada klip video seks yang dikaitkan dengan Anwar akan ditayangkan di parlimen atau tidak, bergantung kepada pertimbangan speaker.

Bagaimanapun, katanya, keputusan itu perlu diperhalusi sebaik mungkin kerana ia tertakluk kepada pertimbangan bidang kuasa undang-undang, walaupun ahli parlimen dilindungi imuniti.

~MK~

No comments: