REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Monday, June 20, 2011

Anwar minta batal perhimpunan jika PM beri jaminan

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan meminta pengerusi BERSIH 2.0, Datuk S Ambiga membatalkan perhimpunan 9 Julai sekiranya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan bahawa pilihan raya umum akan dijalankan secara bersih dan adil.

Anwar yang juga ketua umum PKR berkata beliau akan meminta Ambiga membatalkan perhimpunan itu jika Najib boleh memberi jaminan tersebut. Beliau memberitahu demikian ketika berucap kepada lebih 2,000 ahli PKR yang menghadiri konvensyen parti di Shah Alam.

Konvensyen itu bertujuan untuk mendidik dan memperkasakan jentera pilihan raya peringkat akar umbi parti itu yang kebanyakannya hadir di majlis tersebut.

Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh berkata rejim BN tidak berani membenarkan pilihan raya bebas dan adil kerana parti itu sedar ia tidak lagi mendapat sokongan pengundi dan dengan itu perlu mengambil jalan keluar dengan cara kotor untuk mengekalkan kuasa.

Bagaimanapun, Ambiga yang juga bekas pengerusi Majlis Peguam, dalam reaksinya, menegur Anwar kerana mengambil peranannya. Secara berseloroh, beliau berkata, ianya bukan terpulang kepada
Anwar untuk membuat keputusan tersebut.

"Kami telah memutuskan untuk mengadakan perhimpunan itu dan kamilah yang akan memutuskan sama ada hendak mengadakannya ataupun tidak," katanya kepada pemberita sebelum pelancaran rasmi perhimpunan Bersih 2.0 di Kuala Lumpur.

Ambiga: 'Ini bukan soal saya'

Ambiga juga menafikan dakwaan yang dibuat oleh PERKASA ketika pelancaran anti perhimpunan BERSIH di Kuala Lumpur.
"BERSIH bukan mengenai individu. Ia bukan tentang diri saya," katanya sambil menambah beliau tidak mahu menjawab serangan PERKASA terhadap dirinya.
Katanya, beliau tidak akan bertindak balas terhadap PERKASA atau membuat laporan polis terhadap kumpulan tersebut yang membakar gambarnya dan membuat ancaman terhadapnya ketika pelancaran perhimpunan anti-BERSIH.
"Pilihan raya yang bebas dan adil adalah mesej kami, dan cara kita adalah aman. Jika berlaku keganasan pada hari tersebut, ianya bukan dari pihak kami," tegasnya.

~MK~

No comments: