
Sinonim dengan UMporNO yang bila disebut sahaja maka semuanya berkaitan seks! seks! dan seks! sahaja. Blogger cap ayam UMporNO yang dibayar terlalu terdesak sangat ke untuk menjatuhkan pihak lawan???
Pakatan Rakyat sibuk dengan penerangan kepada orang ramai tentang cilakanya sistem GST pada anak cucu dan penyelewengan 1MDB yang diterajui Murujib tetapi UMporNO mengetengahkan isu-isu yang menjatuhkan imej pemimpin-pemimpin pakatan rakyat.
AWAS para pejuang Pakatan Rakyat,
Kempen kita perlu beritahu rakyat dan pengundi-pengundi khususnya bahawa KERAjaan UMporNO bukanlah KERAjaan hakiki di Malaysia ini yang memperjuangkan agama, bangsa dan tanah air. 6 propaganda inilah yang selalu dikenalpasti oleh macai-macai blogger UMporNO untuk menakutkan orang-orang Melayu:
1. Jika Pakatan menang kuasa Raja akan terhapus.
UMporNO kata Pakatan akan menggubal Parlimen untuk membuang kedudukan raja-raja Melayu sebagai pemerintah tertinggi di setiap negeri dan DYMM sebagai pemerintah tertinggi negara Malaysia. Kalau korang tengok sekarang siapa yang berlagak jadi seperti 'maharaja' dan 'first lady'???
Murujib dah buat negara Malaysia ni macam dia punya hinggakan rakyat dilupakan siapa yang empunya negara ini. Cuma dah dalam perlembagaan tertulis Raja Berpelembagaan dan rakyat semua tahu yang lebih berfungsi menjalankan urusan negara ialah Perdana Menteri bukannya raja. Jadi sewenang-wenangnya Murujib wal Rosmah ke hulu ke hilir naik jet perabih wang rakyat.
2. Jika Pakatan menang kuasa pemerintahan orang Melayu akan terkubur.
UMporNO menakutkan orang-orang Melayu supaya rasis kononnya Pakatan akan melantik pemimpin DAP menjadi Perdana Menteri. Ini kerana mengikut trend sekarang DAP memenangi banyak kerusi di Parlimen berbanding PAS dan PKR. Sedangkan DSAI merengkok dalam penjara. Bodoh ke bangang ke apa??? Bangsa Melayu punyalah ramai majoriti di negara ini kot. Memanglah dalam perlembagaan tidak tertulis siapa yang layak menjadi Perdana Menteri tetapi
PAS telah mengatakan semestinya yang layak ialah orang itu beragama Islam.
PKR pula tetap mengetengahkan pemimpin-pemimpin kanan yang berbangsa
Melayu dalam parti itu untuk menjadi Perdana Menteri dan DAP pula tak
pernah terlintas nak menjadi Perdana Menteri cukuplah sekadar menjadi Ketua
Menteri di negeri kedua terkaya di Malaysia selepas Selangor. Sebab itulah
UMporNO nak merebut semula Pulau Pinang sebab duit rasuah dah terlepas.
3. UMporNO sebagai pembela Melayu jika UMporNO kalah orang-orang Melayu
akan menjadi hamba di Malaysia.
Dey tambi, parti UMporNO berjuang atas nama Melayu bukan Islam. Jangan katalah Melayu tu Islam. Jika Islam UMporNO yang dedah sana sini, rasuah sana sini, sosial sana sini, seks sana sini, pau duit rakyat sana sini dan macam-macam maksiat sana sini janganlah berlagak sangat nak perjuangkan Islam. Kalau UMporNO kalah sekalipun, parti UMporNO lah yang mampos. Dulu memang nama UMNO tapi telah diharamkan oleh mahkamah dan ditubuhkan dengan nama UMNO BARU tetapi mana perkataan BARUnya itu??? Ada kah UMNO yang lama telah diharamkan menjadikan Melayu hamba??? Nama sekarang UMNO BARU adakah menjaga sangat bangsa Melayu???
* Nanti aku ceritakan dalam post akan datang apa yang berlaku dengan UMNO
BARU.
4. Jika Pakatan menang hak keistimewaan orang Melayu akan hilang.
Ini lagi satu bangang ke apa ke bodoh sangat mangkuk-mangkuk UMporNO ni. Di bawah blog aku ni aku ada tulis dan tak padam-padam apa yang UMporNO telah buat pada orang-orang Melayu. Korang boleh skroll dan baca di bawah
sekali supaya kita semua ingat durjananya UMporNO pada orang-orang Melayu. Inilah yang dikatakan baling batu sembunyi tangan. Masih nak berselindung kekejaman yang mereka telah hancurkan kepada bangsa Melayu sendiri.
5. Jika Pakatan menang Islam akan terhakis.
Nauzubillahiminzalik. Tak perlulah nak main-mainkan hal-hal agama sebegini. Dalam agama ada politik dan tidak boleh dipisahkan. Hanya puak-puak dan macai-macai UMporNO kata jangan campur adukkan agama dengan politik. Samalah macam kita tengok filem perang tetapi tiada peperangan hanya sembang dan sembang dan sembang. Boring gila beb. Jadi agama Islam adalah yang teratas dalam perlembagaan negara. Tak ada masa Pakatan nak tukar perlembagaan supaya agama Islam berada dikedudukan sama level dengan agama-agama yang lain. Prinsip kita supaya agama-agama lain dihormati bukan untuk agama-agama lain berdakwah kepada orang-orang Islam. Inilah ulama-ulama UMporNO tak nak buat. Sibuk hal dunia sampai lupa yang agama lain dah berkembang.
* Ini pun nanti aku cerita dalam post seterusnya.
6. Jangan perjudi nasib kerana BNGST telah terbukti membela rakyat.
Kami tidak perjudi nasib wahai mangkuk. Kami hendak mengubah nasib kami. Lebih 57 tahun kot kami diperbodohkan dan dipergunakan untuk kepentingan kekayaan pemimpin-pemimpin UMporNO. Pemimpin-pemimpin UMporNO ni hasil didikan penjajah British. Takkanlah British nak bagi merdeka senang-senang jika para pemimpin UMporNO tidak mahu mengikut matlamat penjajah. Sedangkan ramai pejuang Melayu yang mati dibunuh kerana menentang British. Kerana apa??? Keranamu Malaysia??? Bukan beb. Kerana mereka tidak mahu langsung ada kesan penjajahan British dalam dada orang Melayu. Tetapi UMporNO terima sahaja sebab boleh menguntungkan mereka. Ye GST menguntungkan KERAjaan Murujib wal Rosmah untuk bershopping mewah.
7. Jika Pakatan menang Bahasa Melayu akan terhapus.

Boleh blah la bongok. Zaman MahaFiraun lagi Bahasa Melayu dah terhapus dengan pelaksanaan PPSMI. Akhirnya bila ada demo rakyat maka PPSMI dimansuhkan ternyata sistem ini hanya membuang masa dan merugikan anak-anak Melayu dan mengkayakan kroni-kroni UMporNO. Pemimpin-pemimpin UMporNO pun bangga gila menggunakan Bahasa Inggeris bila bercakap kononnya bahasa kedua negara. Apabila bahasa kedua sepatutnya tetamu yang datang perlu bercakap dalam bahasa Melayu bukan kita dan tetamu itu bertutur dalam bahasa Inggeris. Kita bertutur dalam bahasa Inggeris jika ke luar negara kerana bahasa Inggeris sekarang dah jadi bahasa antarabangsa. Itu maksudnya. Ini semua salah siapa??? Pakatan ke??? Peristiwa KERANDA 152 itu angkara siapa???
BANGUN dan SEDARLAH wahai anak-anak muda dari ditipu UMNO dan BNGST ini.
No comments:
Post a Comment