REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Tuesday, May 5, 2015

Betulkah UMNO Sokong Hudud?

Lagi dekat dengan PRK P44 Permatang Pauh lagi banyaklah koleksi-koleksi ustaz-ustaz dan ulamak-ulamak UMporNO yang berkempen untuk memujuk pengundi menyokong BaNGSaT. Tampil pula Ustaz Kazim Elias yang menyeru supaya memangkah BN konongnya untuk menguatkan sokongan Hudud oleh PAS.

Sejak bila BN sokong hudud. Oh ye... Terlupa pulak aku yang BN ni ramai parti dalamnya. OK lah aku nak tanya bila pula UMporNO sokong Hudud??? Jika Kelantan hendak membawa RUU Hudud untuk dibentangkan di Parlimen yang pertama lihatlah keikhlasan parti UMporNO dulu.

Pertama...

Sibuk mengatakan bahawa RUU Hudud tidak dapat dibentangkan kerana ada banyak lagi akta yang perlu dibentangkan. Jadi kemungkinan RUU Hudud akan dibentangkan kemudian dan untuk melaksanakan perlu sokongan majoriti MP UMNO dan PAS sekiranya PKR dan DAP tetap dengan pendirian tidak menyokong.

Jika UMporNO benar-benar ikhlas RUU Hudud ini akan boleh jugak dibentangkan lantaklah sehebat mana akta lain yang perlu disegerakan kerana RUU Hudud ini hukum Allah kot. Bukan hukum manusia buat dan tentu lebih diutamakan.

Kedua...

Sampai sekarang Perdana Menteri Murujib masih membisu soal menyokong atau tidak hukum dudud ini dilaksanakan hinggakan parti-parti dalam komponen BN telah menyuarakan yang PM tidak menyokong RUU Hudud ini. Adakah Murujib nak jaga hati parti MCA dan MIC dalam BN dan menjaga hati PAS untuk mewujudkan KERAjaan Perpaduan???

Minta Murujib buat live yang mengatakan UMNO menyokong RUU Hudud dibentangkan dan menyokong pelaksanaan hudud di Kelantan secepat yang mungkin kalau ada teloq lah. Kompom MCA dan MIC keluar parti BN beramai-ramai. Takut Murujib ni duri dalam daging dan talam dua muka kepada parti PAS.

Ketiga...

TGHH mengatakan lantaklah soal keikhlasan UMporNO samada ikhlas sokong atau tidak tapi ambil kira yang disebut secara lisan. Agenda UMporNO menyokong Hudud dan tidak meletakkan calon PRK di Kelantan baru-baru ini supaya PAS pun buat perkara yang sama tidak melawan di Rompin dan membantu UMporNO di Permatang Pauh tetapi lain pula jadinya.

PAS tetap bertanding di Rompin dan turut membantu di Permatang Pauh walau sekoq dua yang ketegaq nak boikot mampuih pi lah kat dia tu. Ini mengecewakan UMporNO yang mengharapkan sokongan padu PAS. Akhirnya PAS telah termakan janji-janji UMporNO dalam isu Hudud.

Keempat...

Kalau UMporNO dah berani sokong sangat Hudud tu buatlah secara menyeluruh satu negara bukan setakat di Kelantan yang ditadbir oleh PAS gabungan Pakatan Rakyat. Buat juga di Perlis sampai Johor jika tak nak diganggu gugat oleh kerajaan Sabah dan Sarawak sebab itu deposit tetap untuk BN menawan Putrajaya sampai bila-bila. 

Ini pun PAS tak nampak ke keikhlasan hati UMporNO. Tak perlulah cakap berdegar-degar sokong Hudud di Kelantan tetapi tak sokong Hudud dilaksanakan di seluruh negara. Inilah cakap orang munafik. Lagi bahaya orang munafik daripada orang kafir kerana sokongan yang mempunyai agenda tersembunyi.

Kelima...

DAP mungkin boleh menerima Hudud jika diberi penerangan berterusan dan duduk rundingan meja bulat bersama pempinan tertinggi Pakatan Rakyat. Aku rasa yang buatkan DAP bengang ialah sikap Presiden PAS TGHH yang tidak menyokong DSWA sebagai MB Selangor dulu dan sering berubah pendapat telah menjadi luka dan bernanah dalam hati DAP dan PKR.

Macam orang kata bila dah tak suka tu buat apa pun semuanya nampak tak elok. Semasa kempen di Permatang Pauh, yang banyak turun berkempen ialah abang Mat Sabu yang kini masih lagi berjawatan Timbalan Presiden PAS dan tak tahulah nasib beliau selepas ini. Harap-harap abang Mat boleh lagi mengepalai PAS lagi. Amin.

Keenam...

Untuk masa terdekat Hudud bukanlah satu keutamaan kerana untuk memenangi PRK Permatang Pauh ini perlu usaha digembleng dengan begitu baik dari parti PKR, PAS dan DAP. Rakyat mahu lihat ketiga-tiga parti terbesar ini bersatu hati dan lupakan sengketa seketika bagi menggerunkan UMporNO yang hanya mahu bertepuk tangan melihat perpecahan Pakatan Rakyat.

UMporNO sendiripun sekarang telah dipertikaikan oleh ahli-ahli setelah pelbagai skandal dan kemewahan yang melampau membabitkan Presiden BNGST sendiri. Di tambah pula bekas PM Tun Mahathir juga menempelak Najib yang diam diwaktu rakyat menuntuk jawapan.

Oleh itu...

PKR, PAS dan DAP jangan masuk perangkap dan propaganda UMporNO dan BNGST ini agar perpaduan Pakatan Rakyat tetap utuh dan terus bergerak di landasan yang betul. Kita mahu menang demi anak bangsa dan bukan janji kosong BN yang akan belum tentu akan menyokong Hudud jika menang nanti. 

Setelah apa yang UMporNO buat pada TGNA, DSAI, Mat Sabu, Mustafa Ali, Azmin Ali, LGE dan pemimpin-pemimpin Pakatan yang lain dalam isu seks takkanlah kita masih nak ikut barua-barua dan menjadi macai-macai dalam BNGST sebangsat-bangsat haram jadah ni.

UNDILAH PKR kerana keikhlasan kita untuk menentang kezaliman BNGST.

No comments: