REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Sunday, May 3, 2015

Ketepikan Isu Dalaman Pakatan Rakyat

Salam buat sahabat-sahabat pembaca setia blog ini setahun yang lepas.

Dah lama rasanya saya menyepi hamper setahun kerana kesibukan dengan hal duniawi dan tekanan dalam tugas blogger. Namun menjelangnya PRK - P44 Permatang Pauh terpanggil saya untuk memberi sumbangan memulakan kempen demi agama, bangsa dan Tanah air kita kelak. Nasib anak bangsa kita bukan di tangan KERAjaan BNGST tapi di tangan Allah.

Pelbagai propaganda BNGST telah mendahului Pakatan Rakyat dalam media social dan tidak cukup dengan itu ramai kakitangan awam dipanggil untuk diseru memangkah BNGST. Hinggakan TPM pun mengharap tepukan daripada guru-guru yang rasanya dipaksa untuk mendengar ceramah yang membosankan.

Wahai pejuang Pakatan Rakyat sekalian,

Kita bukanlah pencacai PKR, DAP atau PAS. Kita tidak dibayar untuk menyokong, untuk mengundi, untuk taat membuta tuli. Kita tak kisah jika ada kawan-kawan kita, sanak sedar kita meskipun ada dikalangan ahli keluarga kita yang mula berjinak dengan BNGST ini. Hidayah Allah bukan diberi kepada semua orang. Jika tidak masakan seluruh keluarga Nabi Noh menentangnya. Ada dikalangan keluarga Nabi Muhammad s.a.w juga menentang baginda.

Kita cuma berdoa agar pada hari mengundi nanti, hati-hati mereka ini akan terbuka dan melihat kebenaran yang sebenar akan kezaliman dan kedurjanaan BNGST yang didalangi UMporNO ini. InshaAllah.

Perbalahan dalam Pakatan Rakyat memang wujud dan tidak nafikan. Disebabkan ujian Allah yang menyayangi TGNA dan memanggil DSAI di Sg Buloh menjadi satu ujian agar kita Pakatan Rakyat bersatu walau tiada jasad mereka berdua ini bersama kita.

PAS jangan tertipu dengan UMporNO yang menyokong hudud di Kelantan kerana jika mereka ikhlas mereka akan melaksanakan hudud di seluruh negeri yang ditadbir BNGST juga. Takkanlah itupun PAS tidak boleh nampak. Mungkin PAS Nampak tapi sengaja dibuat taak Nampak kerana hendak laksanakan juga hudud.

TGHH pun telah dikritik hebat oleh PKR dan DAP akibat tindakan uturn untuk tidak menyokong DSWA sebagai MB Selangor. DAP dan PKR bukan tidak boleh bekerjasama dengan PAS dalam Pakatan Rakyat tetapi tidak boleh bekerjasama dengan Presiden PAS sekarang iaitu TGHH. Sebab itulah seorang Presiden PAS yang baharu perlu dilantik semula.

Bukan bermakna ahli-ahli PAS tidak sayangkan TGHH tetapi ahli-ahli PAS sayangkan parti. PAS, DAP dan PKR perlu belajar dari pengalaman PRU dan PRK yang lepas sebelum bergabung dalam Pakatan Rakyat yang menyebabkan kekalahan teruk parti DAP, PKR dan PAS ke tangan BNGST akibat bertembung beberapa penjuru.

Untuk mengalahkan BNGST, PAS, PKR dan DAP perlu ketepikan segala isu dalaman dalam Pakatan Rakyat dan buang segala ego sebagai penaung, penasihat, presiden sesebuah parti dan duduk semeja untuk mencapai kata muafakat. Jika dalam PAS ada Majlis Syura yang merupakan majlis tertinggi untuk membuat keputusan parti jadi PAS sudah ada pengalaman untuk mendapat kata sepakat dalam Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.

PRK di Rompin dan Permatang Pauh membuktikan kesemua pimpinan dan ahli-ahli parti PAS, DAP dan PKR turun berkempen untuk memenangkan calon-calon Pakatan Rakyat. Kita tidak mahu BNGST menang lagi supaya BNGST mendapat signal daripada rakyat yang tindakan mereka telah melampaui batas kemanusia kerana mengenakan GST kepada semua rakyat Malaysia yang miskin dan kaya, memenjarakan DSAI yang keterangan banyak meragukan.

Kita boleh duduk semula untuk membincangkan segala masalah dalaman dalam Pakatan Rakyat. Yang kita mahukan biarlah keputusan itu mendapat persemuafakatan bagi ketiga-tiga parti terbesar di Malaysia ini. Sudah elok benar PAS, DAP dan PKR bersatu untuk mentadbir seepas dalam PRU-15 akan datang.

Aku baru hubungi rakan-rakan di Permatang Pauh yang mengatakan kali ini persaingan sengit akan berlaku. Aku pun Insha Allah akan pulang dan terus melaporkan dari Permatang Pauh dari masa ke semasa. Aku saying Pakatan Rakyat dan Permatang Pauh dan begitu juga pejuang-pejuang Pakatan Rakyat. Kita sudah bina tembok kukuh untuk bertapak di sini dalam rekod tanpa kalah. Janganlah ada unsur boikot dan sabotaj dalam Pakatan Rakyat yang akhirnya akan merugikan kita sedangkan BNGST bertepuk tangan.

Ingatlah para pengundi Permatang Pauh.

Saudara Anwar berkorban di penjara yang bukan tempat yang seronok seperti kita. Jadikanlah ketabahan DSAI dan kesabaran kak Wan sebagai penguat semangat kita untuk terus memberi sokongan kepada PKR dan Pakatan Rakyat. Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula kita berlainan fahaman politik. Ketepikan semua itu dulu dan matlamat kita ialah MENANG diRompin dan Permatang Pauh.

REFORMASI

No comments: