REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Wednesday, May 6, 2015

Permatang Pauh Menunggu Pengundi Pakatan Rakyat

Kekalahan PAS di Rompin tidak akan melemahkan semangat Pakatan Rakyat untuk terus berkempen di saat-saat akhir menjelang PRK Permatang Pauh pada 7 Mei, ESOK!!! Kita sebagai penyokong Pakatan Rakyat akan terus berusaha memastikan kesemua penyokong Pakatan Rakyat BALIK MENGUNDI agar Permatang Pauh kekal milik PKR.

Janganlah kita samada PKR, DAP dan PAS bertelagah kerana dalam PRK di Rompin semua parti dalam Pakatan Rakyat telah bersatu mengurangkan majoriti BNGST sehingga separuh berbanding PRU13 yang lepas. Memang kita kalah dan terima kenyataan kekalahan kita itu disebabkan pengundi-pengundi tegar yang tetap menyokong BNGST namun kita dapat berbangga memberi signal kepada Najib bahawa pengundi-pengundi di Rompin telah menolak kepimpinan BNGST dengan pengurangan majoriti.

Sekarang ini masa kita ialah bukan sahaja berkempen di Permatang Pauh sahaja kerana pada hari ini masih ramai lagi anak-anak muda yang berada di luar Permatang Pauh sedang mengumpul wang tambang untuk pulang mengundi. Dalam rencah politik ini bermacam-macam karenah diberikan oleh majikan-majikan yang besar kemungkinan pro-BNGST tidak membenarkan pengundi-pengundi Permatang Pauh pulang mengundi atau memberikan pelbagai syarat yang menyusahkan pengundi luar.

Sebab itu pengaruh media massa amat penting bagi memujuk rayu agar para penyokong Pakatan Rakyat pulang dan jangan mengulangi sejarah di Teluk Intan apabila DAP kalah kerana peratus keluar mengundi di bawah 70 peratus. Jika PRK Permatang Pauh mencatat kejatuhan pengundi keluar mengundi dan tidak pulang ke kampung kemungkinan besar Pakatan Rakyat akan kalah.

Harapan saya kepada rakan-rakan dalam PAS janganlah memboikot PRK Permatang Pauh ini kerana di PRK Rompin penyokong-penyokong PKR dan DAP telah memberi undi kepada PAS hingga kemerosotan majoriti BNGST. Amatlah wajar PAS juga membalas budi dengan memenangi DS Wan Azizah. Biar seketika pergolakan dalaman yang berlaku kerana yang penting sekarang kita nak BNGST tahu yang Pakatan Rakyat tetap utuh walau ada aral mendatang.

JOM BALIK MENGUNDI


No comments: