REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Saturday, May 21, 2011

Bekas pegawai MB bebas tuduhan menipu

Mahkamah Sesyen Shah Alam membebaskan Pegawai Tugas-tugas Khas kepada Menteri Besar Selangor, Mohd Yahya Mat Sahri daripada tuduhan menipu Presiden Kumpulan Darul Ehsan Bhd (KDEB).

Peguamnya Ahmad Nizam Hamid mengesahkan perkara itu kepada Malaysiakini. Banyak pemimpin Pakatan Rakyat, termasuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut baik keputusan itu di laman-laman Twitter dan Facebook.

Pada 2 Disember tahun lalu, mahkamah memerintahkan Mohd Yahya membela diri atas tuduhan menipu presiden KDEB berhubung Majlis Sambutan 100 hari Pakatan dua tahun sebelum itu.

Hakim Azhaniz Teh Azman Teh membuat keputusan itu selepas berpuas hati bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.

Mohd Yahya, 44, dituduh menipu Datuk Abdul Karim Munisar untuk mempercayai bahawa sekretariat Pakatan memohon sumbangan bagi membiayai majlis sambutan itu di Gardenia Coffee House, Quality Hotel di Shah Alam pada 4 Jun 2008.

Pengikut marah

Tertuduh selaku pengarah program acara itu, dituduh dengan curangnya mendorong Abdul Karim untuk menyerahkan wang berjumlah RM50,000 kepada beliau sebagai sumbangan, sedangkan Abdul Karim tidak akan melakukannya sekiranya tidak diperdayakan sedemikian.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan, dan jika sabit kesalahan, boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan disebat dan boleh juga didenda.

Bagaimanapun, Azhaniz Teh melepas dan membebaskan Mohd Yahya daripada pertuduhan menggunakan dokumen palsu iaitu Resolusi Pembukaan Akaun untuk PKR di Maybank Berhad cawangan Bandar Sunway pada 14 Mei 2008 selepas mendapati pihak pendakwaan gagal menimbulkan kes prima facie ke atas tertuduh.

Pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 465 kanun yang sama, yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau didenda atau kedua-duanya sekali.

Azhaniz Teh membuat keputusan itu setelah mendengar keterangan yang diberikan oleh 28 saksi pendakwaan, termasuk Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Sebelum itu, Mohd Yahya yang juga pemimpin kuat PKR Selangor digantung kerja oleh Khalid, menyebabkan pengikutnya marah dan cuba mengheret campurtangan Anwar sekali dalam kes itu.

Tidak berpuas hati dengan perkara itu, Mohd Yahya meletakkan jawatan selepas mengadakan pertemuan empat mata dengan Anwar.

~MK~

No comments: