REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Friday, May 20, 2011

Pos Malaysia mahu penjelasan kerajaan

Pos Malaysia Bhd mahukan penjelasan tentang projek myemail sebelum membuat sebarang keputusan mengenai projek tersebut yang diberikan kepada Tricubes Bhd bagi pelaksanaan.

Pos Malaysia masih perlu mendapatkan penjelasan daripada Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) dan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) bagi memahami tentang projek itu, kata Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Pos Malaysia Group Datuk Syed Faisal Albar

"Saya tahu terdapat banyak bahan cetakan yang ditulis dalam media termasuk daripada PEMANDU, tetapi kami masih perlu mendengar apakah dorongan bagi projek ini.

"Jika projek itu sepenuhnya inisiatif swasta tetapi PEMANDU dan MAMPU membantu dalam menilai projek tersebut, itu bermakna ia adalah bahagian keutamaan bagi kerajaan.

"Jika ia adalah bahagian keutamaan bagi kerajaan, apa juga yang mereka lakukan, kami mahu terlibat dengan mereka dan memastikan ia juga diberi keutamaan bagi kami," katanya pada sidang akhbar selepas majlis permeterian kerjasama antara Pos Malaysia dan Western Union, di Kuala Lumpur.

~MK~

No comments: