REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Wednesday, May 11, 2011

Demo anti-Lynas dijadual Ahad ini

Satu lagi demonstrasi aman bagi membantah pembinaan pusat pemprosesan nadir bumi di Gebeng akan diadakan Ahad ini berikutan sambutan luar biasa yang diterima penganjurnya pada Hari Ibu yang disertai tidak kurang 1,000 orang.

Kali ini, perhimpunan berkenaan akan dianjurkan oleh DAP Kuantan pada jam 11 pagi di depan pusat perkhidmatan parti itu. Mereka menjangkakan tidak kurang 500 penduduk akan menyertainya.

"Perhimpunan kali ini adalah supaya lebih ramai penduduk Kuantan memahami bahaya yang bakal dibawa oleh kilang nadir bumi Lynas dan menuntutkan bantahan sepadu penduduk Kuantan menentang pembinaannya,” kata ketua DAP Kuantan Cheah Kim Hung dalam satu kenyataan media hari ini.

Pemimpin nasional DAP seperti ketua pemudanya, Anthony Loke dan ahli parlimen Serdang Teo Nie Ching akan mengetuai perhimpunan itu bersama pemimpin peringkat negeri parti itu yang lain.

Bagaimanapun polis hari ini memberi amaran akan bertindak tegas terhadap pihak yang cuba menimbulkan kekecohan berhubung bantahan terhadap pembinaan pusat pemprosesan nadir bumi di Gebeng itu.

Menurut laporan Bernama, Ketua Polis Pahang, Datuk Saifuddin Ab Ghani, berkata ketika ini polis memantau setiap program bantahan, demonstrasi atau ceramah berhubung bantahan projek kilang berkenaan.

"Saya minta mana-mana pihak supaya akur pada undang-undang dan jangan buat yang bukan-bukan," katanya kepada pemberita di Kuantan, hari ini.

Beliau mengulas beberapa siri bantahan, ceramah dan demontrasi pihak tertentu di sekitar Kuantan sejak kebelakangan ini berhubung projek pembinaan kilang berkenaan.

Kilang bernilai RM700 juta yang sedang diusahakan Lynas Malaysia Sdn Bhd, anak syarikat Lynas Corporation dari Australia, di kawasan perindustrian Gebeng di sini menimbulkan kontroversi kerana didakwa bakal menghasilkan radiasi yang boleh memudaratkan kesihatan orang ramai.

Beberapa siri penerangan yang dianjurkan Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (LPTA) dan kerajaan negeri Pahang di sekitar Kuantan baru-baru ini tidak memberi kesan positif.

~MK~

No comments: