REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Saturday, May 21, 2011

Subsidi Rakyat Dikurangkan Subsidi PERMATA diutamakan

Memansuhkan subsidi barangan keperluan utama amat memeritkan jika tindakan itu dilakukan dengan cepat dan spontan. Justeru, apabila mengurangkan subsidi, ia perlu dijalankan secara berperingkat dan perlahan - demikian permintaan rakyat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala.

“Lazimnya, menerusi perbualan dengan rakyat, mereka memahami mengapa subsidi tidak boleh diberikan berterusan. Tetapi kata mereka, perlahan-lahan lah, jangan naikkan harga secara mendadak,” katanya dalam wawancara dengan Malaysiakini di Putrajaya Khamis lalu.

Dilantik sebagai ketua pegawai eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) sejak setahun setengah yang lalu, Idris kerap kali bertemu rakyat bagi menjelaskan mengapa subsidi perlu dimansuhkan.

“Kami gunakan SMS, bancian, sesi penerangan di dewan. Terdapat komen fundamental. Mereka beritahu lakukan secara kecil dan naikkan harga beberapa kali dalam jangka masa yang panjang. Itu yang telah kami lakukan...

“Kami mempunyai plan rasionalisasi... saya fikir rakyat perlu membiasakan diri hingga mereka kata ia adalah okay,” katanya.

Mengikut cadangan struktur harga petrol RON95 yang lazimnya digunakan oleh kebanyakan pemilik kenderaan kelas pertengahan dan rendah, bahan api itu seatutnya dinaikkan 15 sen menjadi RM2.05 seliter sekarang ini dan dinaikkan 10 sen lagi menjelang akhir tahun ini.

Tahun lalu, petrol RON95 dinaikkan dua kali - lima sen seliter setiap kali pada Julai dan Disember. Jika plan PEMANDU diikuti sepenuhnya, harga petrol RON95 akhirnya akan dinaikkan kepada RM2.60 seliter menjelang 2015.

~MK~

No comments: