REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Wednesday, March 16, 2011

1Malaysia propaganda bUMNgOk

Perwakilan msayarakat Orang Asli mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak menyatakan pendirian mengenai hak kaum itu berikutan kenyataan yang dianggap menghina yang dibuat oleh mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bercakap pada sidang akhbar bersama dengan Majlis Peguam, penyelaras Rangkaian Orang Asli Semenajung Malaysia, Tijah Yok Chopil mahu Najib membuktikan bahawa slogan 1Malaysia bukan sekadar propaganda.

"Saya tuntut 'perdana menteri 1Malaysia' beritahu orang seperti (Mahathir) itu berhenti berlaku sedemikian yang hanya akan menimbulkan kemarahan kami,”katanya.

Mahathir dalam blognya pada 11 Mac lalu berkata tuntutan tanah yang dibuat masyarakat Melayu adalah lebih kuat jika dibandingkan dengan tuntutan Orang Asli yang tidak mempunyai tamadun.

Beliau juga dilaporkan berkata “Orang Asli cuma rakyat biasa kerana rakyat asal adalah Melayu”.

Tijah yang jelas kecewa berkata Najib tidak seharusnya membisu tetapi perlu menyatakan pendirian kerajaan berhubung hak Orang Asli.

"Kami tidak pernah meminta lebih daripada apa yang memang hak kami ataupun pernah menyentuh mana-mana keistimewaan kaum lain di Malaysia.

“Kami tidak pernah menuntut seluruh kepulauan / bumi Malaysia atau Semenajung Malaysia ini diserahkan kembali kepada kami.

Kami juga tidak pernah mememinta mana-mana kaum mengagungkan kami sebagai bangsa yang teristimewa di negara ini,” katanya. Bagi presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee, selain 'dihina', kenyataan Mahathir itu juga adalah salah dari segi undang-undang mahupun moral.

~MK~

No comments: