REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Tuesday, March 15, 2011

21 kempen untuk tawan Sarawak

Pakatan Rakyat semalam secara rasmi menyatakan kesediaan menyertai pilihan raya negeri Sarawak. Perkara itu diputuskan pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat dalam mesyuarat mereka di Pejabat Ketua Pembangkang hari ini.

Katanya, walaupun tabiat negara ini meletakkan tarikh pilihan raya dalam keadaan teka teki dan tidak demokratik seperti negara lain, namun Pakatan Rakyat tetap membuat persediaan menghadapinya.

"Kita telah berbincang untuk menghadapi pilihan raya Sarawak yang dijangka diadakan bila-bila masa.

"Kita terus menyertai pilihan raya dan membuat persediaan yang kita bincang hari ini," kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam sidang media selepas itu.

Turut serta pada sidang media itu, Ketua Pembangkang yang digantung, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Ketua Umum PKR, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan kepimpinan utama ketiga-tiga kompenen parti.

Sehingga kini katanya, sebahagian masalah membabitkan kepentingan ketiga-tiga parti termasuk pembahagian kerusi sudah diselesaikan di peringkat dalaman. Kesemua perbincangan berhubung persedian ujarnya, dijangka dapat diselesaikan sepenuhnya sebelum pembubaran Dewan Undangan Negeri (Dun) Sarawak diumumkan.

Ianya termasuk juga pembentukan menifesto bersama yang akan dibincang dengan kepimpinan parti di peringkat negeri itu. Dalam pada itu, Pakatan Rakyat turut mendesak agar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menilai semula tempoh kempen agar dipanjangkan sehingga 21 hari.

"Kita mendesak agar hak media dan hak berkempen diberi sama rata kepada semua parti-parti yang bertanding," tegasnya.

~harakah~

No comments: