REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Friday, March 25, 2011

Abdullah Hussin Pengarang Ulung

Persatuan Penulis Nasional (PENA) menyanjung tinggi pengorbanan Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain yang sanggup membenarkan novel kontroversinya Interlok dipinda bagi memboleh keharmonian kaum terpelihara.

Bagaimanapun presidennya Mohamad Saleeh Rahamad berkata, tindakan Abdullah bersetuju dengan cadangan panel bebas yang ditubuhkan kerajaan itu janganlah dianggap sebagai "pengakuan bersalah".

"Beliau sebenarnya berkorban supaya perkara ini menjadi harmoni," kata Mohamad Saleeh yang juga pensyarah pengajian media di Universiti Malaya.

Abdullah hari ini dlaporkan bersetuju menggugurkan beberapa perkataan dalam novel Interlok termasuk paria kerana mahu menjaga keharmonian rakyat pelbagai kaum di negara ini.

Beliau dilaporkan berkata perkataan paria yang digantikan dengan perkataan "golongan yang sama" tidak mencacatkan maksud yang ingin beliau sampaikan dalam novel tulisannya itu.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, walaupun menghormati keputusan yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (kiri) semalam, Mohamad Saleeh berkata PENA masih berpegang pada pendirian asal mereka.

"Nampak sastera kita sudah macam autoritarian," kata Mohamad Saleeh lagi.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut berhubung pindaan 19 perkara yang dikatakan sensitif kerana perkara itu tidak diperincikan satu persatu.

"Kita tak tahu senarainya. yang kita tahu cuma paria dan kalau perkara-perkara kecil yang disebutkan Muhyiddin itu tidak jadi hal," katanya yang terkenal dalam bidang kritikan sastera itu.

Ekoran ketetapan supaya Interlok dipinda, Mohamad Saleeh berkata pada ia tidak membuka pintu kepada mana-mana pihak untuk terus mendesak kerajaan membuka ruang sedikit demi sedikit.

Katanya, jika dibiarkan, tuntutan yang disampaikan itu boleh sampai ke tahap tidak beretika dan biadap.

~MK~

No comments: