REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Wednesday, March 16, 2011

Ada pihak mahu sabotaj Ladang Rakyat

Dakwaan penduduk kononnya kebun milik mereka di Kampung Serian, Gua Musang dirampas Ladang Rakyat adalah tidak benar. Ini kerana tanah seluas hampir 4,000 ekar yang diusahakan mereka tidak terbabit dengan projek berkenaan.

Timbalan Menteri Besar, Dato’ Ahmad Yakob berkata, kawasan ladang asalnya dirancang seluas hampir 11,000 ekar sekarang hanya diusahakan 7,000 ekar sahaja.

”Lagi pun perbincangan telah dibuat dengan penduduk sebelum projek berkenaan dimulakan iaitu pada 2006 di Masjid Kampung Batu 11.

”Ketika itu penduduk tempatan telah memberi kerjasama dan menunjuk kawasan yang mereka rentah. Setelah mengambil kira kawasan ditunjuk penduduk, pelan kawasan dibuat jurukur dilantik kerajaan negeri,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Akhbar tempatan melaporkan kira-kira 100 penduduk membuat bantahan kerana bimbang ladang getah dan dusun buah-buahan mereka dirampas.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kampung Serian, Mohd Rofi Ismail dilaporkan berkata, kerajaan negeri membisu bagi membincangkan perkara itu dan lebih mengutamakan syarikat asing bagi memajukan Ladang Rakyat.

Seorang lagi penduduk Mohd Razali Mahmood, 54 mendakwa kerajaan negeri yang melaungkan dasar Membangun Bersama Islam telah bertindak ganas tanpa menghirau kepentingan hidup rakyat.

Ahmad berkata, pihak yang dahulunya membuat tuntutan telah mendapat bahagian masing-masing dalam kawasan yang mereka rentah.

”Laporan yang menyatakan selepas 400 hektar kebun penduduk telah dirampas dua tahun lalu tanpa mendapat pampasan dan tanpa dibuat perbincangan dengan penduduk tidak tepat.

”Ini seolah-olah ada perancangan untuk mensabotaj program Ladang Rakyat di kawasan ini kerana isu yang telah lama selesai dan dipersetujui semua pihak dibangkitkan semula,” katanya.

Menurutnya juga semasa jurukur membuat ukur halus dan menanam batu sempadan, terdapat lagi bantahan penduduk setempat.

”Ekoran bantahan itu beberapa kali perbincangan diadakan di peringkat Pentadbir Tanah Gua Musang dan pejabat Timbalan Menteri Besar. Akhirnya kaedah menang-menang dicapai.

”Ladang Rakyat bersetuju mengeluarkan lebih 3,500 ekar dari kawasan asal dirancang Ladang Rakyat dan diserah kepada penduduk setempat.

”Dan penduduk bersetuju tidak lagi menganggu pembangunan Ladang Rakyat di kawasan tersebut,” ujarnya.

Ahmad berkata, kawasan yang diserah tersebut dipersetujui penduduk dimajukan Ladang Rakyat sehingga kerja ukur halus dan penanaman batu sempadan disambung semula dan disiapkan.

Menurutnya kawasan tersebut telah dikeluarkan hak milik di atas nama Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat Negeri Kelantan. Bagaimanapun kata beliau setelah penduduk mendapat tahu hak milik dikeluarkan tiba-tiba mereka mendakwa tidak pernah ada perundingan dilakukan.

Program Pembangunan Ladang Rakyat yang diwujudkan lebih lima tahun lalu memberi manfaat kepada lebih 4,500 penduduk miskin apabila mereka mendapat dividen bulanan sebanyak RM200.

Ketika rang undang-undang Perbadanan Ladang Rakyat dibentang pada persidangan Dun Kelantan wakil rakyat BN tidak menyokongnya.

~harakah~

No comments: