Setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng mengumumkan bahawa masalah antara DAP dengan PKR Sarawak berhubung pengagihan kerusi baru-baru ini, telah diselesaikan. Lim, yang juga ketua menteri Pulau Pinang berkata butiran lanjut mengenai perkara itu akan diuruskan tidak lama lagi.
Menurutnya, hasilnya akan diumumkan oleh pemimpin tertinggi Pakatan secepat mungkin. Bercakap kepada pemberita di Pulau Pinang hari ini, Lim berkata pihaknya perlu menggabungkan bersama sumber yang ada untuk menafikan BN majoriti dua pertiga.
Katanya, beliau telah bercakap dengan pemimpin DAP Sarawak dan mereka bersetuju untuk tidak bercakap mengenai perkara itu lagi. Menurutnya, butiran lanjut mengenai pengagihan kerusi akan diumumkan tidak lama lagi.
Sebelum ini dilaporkan DAP dan PKR bertegang urat ekoran gesaan PKR supaya DAP hanya bertanding 13 kerusi yang kesemuanya berjumlah 71 kerusi negeri di Sarawak. Daripada 18 kerusi yang diminta oleh DAP, 14 adalah kawasan majoriti Cina manakala yang lainnya kerusi campuran.
Parti itu bertanding 12 kerusi dalam umum 2006. Rundingan seterusnya menemui kegagalan berhubung agihan empat kerusi di Batu Kawah, Balai Ringin, Dudong and Piasau. Dengan menyerahkan kerusi Padungan and Senadin kepada PKR, dipercayai DAP kini mempunyai 15 kerusi untuk ditandingannya dalam pilihan raya negeri Sarawak bulan depan.
~MK~



REFORMASI KAJANG
Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI
Pembongkaran Video Seks DSAI


Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay
Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.

Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.
Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.
Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.
Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.
Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment