Persatuan Anak Felda Kebangsaan (ANAK) kesal ceramah sulungnya dalam kempen pilihan raya kecil Kerdau disambut sekumpulan belia yang didakwa mempamerkan kain rentang menyifat NGO pro-PAS itu sebagai "haram jadah" dan bukan "anak soleh".
Presidennya Mazlan Aliman bagaimanapun enggan melayan "provokasi" pihak didakwa "diperalatkan Umno" itu.
"Saya tidak ada masalah. Saya tidak bermusuh dengan warga Felda...," kata Mazlan Aliman yang juga ahli jawatankuasa pusat PAS.
"Tetapi saya bermusuh dengan mereka yang cuma mengambil kepentingan atas keringat peneroka untuk mengaut keuntungan dan memangsakan peneroka hingga menjadi korban kepada golongan yang tidak bertanggungjawab ini."
Sehubungan itu, menjawab soalan pemberita, Mazlan menolak mengadukan perkara itu kepada pihak berkuasa. Menurutnya lagi, percubaan menghalanya itu telah berlalu beberapa kali sebelum ini.
Semalam, sebuah blog pro-BN Pisau.net melaporkan, ceramah Mazlan di Felda Jengka 23 disambut jeritan: "Ini ANAK bukan anak yang soleh tapi anak haram jadah".
Kumpulan anak muda itu didakwa secara terang-terangan membawa bendera BN bagi membantah ceramah Mazlan di hadapan kira-kira 60 peserta.
Felda lawan syarikat swasta
Gambar yang dipaparkan dalam blog itu juga menunjukkan sekumpulan pemuda memegang kain rentang bertulis "Mazlan Aliman Kau Jahanam".
Sementara itu, bercakap dalam sidang media harian PAS di Kerdau hari ini, Mazlan turut mengasak Felda - yang dianggap penentu utama kemenangan kedua-dua calon bertanding - dengan menyerang anak syarikat Felda Techno Plant Sdn Bhd pula.
Mazlan mendakwa, Felda Techno sebagai pengendali kerja penanaman semula sejak 2005 ketinggalan daripada banyak aspek jika dibandingngan dengan syarikat swasta lain. Contohnya, tambah beliau, kos penanaman semula oleh Felda dan sebanyak RM10,503 berbanding Sime Darby (RM3,120) dan Kumpulan IOI (RM1,998).
Manakala untung bersih berdasarkan keluasan ladang untuk seekar pula didakwa amat jauh berbeza, seperti berikut: Wilmar International (RM1,050), Kumpulan IOI (RM366.30), Sime Darby (RM114).
"Felcra pula jauh lebih kecil sebanyak RM14.29 seekar untuk sebulan. Adakah ini pengurusan profesional?" soal Mazlan lagi.
Turut hadir salam sidang media itu Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Penerangan PAS Idris Ahmad dan anggota parlimen Padang Terap Nasir Zakaria.
~MK~
REFORMASI KAJANG
Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI
Pembongkaran Video Seks DSAI
Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay
Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.
Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.
Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.
Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.
Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.
Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.
Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment