Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan serangan terbaru berhubung pendedahan rakaman video seks mengaitkan dirinya sebagai mengaibkan dan melampau.Katanya, ianya juga serangan bermotif politik yang mahu mencemarkan karektor dan reputasi diri serta keluarganya.
"Ini adalah serangan mengaibkan, melampau dan bermotif politik ke atas karektor serta reputasi saya dan keluarga saya," katanya dalam laporan polis hari ini yang salinannya turut diedar kepada media.
Beliau sebelum itu hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pagi tadi bagi membuat laporan polis berhubung pendedahan rakaman video tersebut. Beliau hadir ditemani isteri, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan peguam Sivarasa Rasiah, pada jam 10.40 pagi.
Turut kelihatan hadir, Datuk Seri Nizar Jamaluddin, Yusmadi Yusof, Shamsul Iskandar, N Surendren, Lathefa Koya, Tian Chua dan Siti Aisyah. Hampir 100 penyokong Anwar turut sama membawa pelbagai kain rentang dan melaugkan selogan 'Reformasi' dan 'Hidup Anwar'.
Semalam, seorang lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Datuk T, menayangkan rakaman video itu kepada wartawan di Carcosa Seri Negara.
Anwar, pada sidang media petang semalam, menafikan lelaki yang mirip wajahnya dalam video 17 minit yang dipaparkan melakukan hubungan seks dengan seorang gadis di sebuah hotel yang tidak dikenali, adalah dirinya.
~harakah~
No comments:
Post a Comment