Suruhanjaya Pilihan Raya (Malaysia) menjelaskan, dakwaan berlaku penggunaan premis awam dalam pilihan raya kecil Kerdau seperti didakwa PAS mungkin disebabkan salah tanggap semata-mata.
Timbalan Pengarah SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, jika sesebuah parti hanya mendirikan khemah di sebelah premis awam dan menggunakan kemudahan berdekatan tempat itu, ia tidak boleh dikatakan kesalahan.
"Jadi inilah yang saya agak mereka anggap BN menggunakan premis awam," katanya.
Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pagi semalam menyenaraikan penggunaan premis awam dan dan pengumuman peruntukan dan projek oleh pemimpin BN di Kerdau yang didakwanya melanggar Akta Kesalahan (Perjalanan) Pilihan Raya 1954.
Tuan Ibrahim yang juga pengarah pilihan raya PAS Kerdau menyatakan kekesalannya terhadap pelbagai pihak berkuasa, termasuk SPR tetapi tiada sebarang tindakan diambil. Premis yang didakwa terlibat antaranya padang awam Teluk Sentang, masjid dan sekolah Kebangsaan Batu Sawar serta dewan prang ramai Felda Jengka 23.
Manakala antara yang didakwa boleh ditakrifkan sebagai rasuah pula antaranya bayaran wang SES berjumlah RM13,000 seorang peneroka atau sebanyak RM3,367,558.00 kepada peneroka Felda Jengka 22 pada 7 Mac.
Bercakap dalam sidang media di Temerloh petang ini, Wan Ahmad berkata, pihaknya akan memastikan perkara itu tidak berlaku esok dan akan bercakap sekali lagi dengan pucuk pimpinan parti terlibat.
Sementara itu, ditanya tentang pengumuman projek dan peruntukan sepanjang pilihan raya kecil DUN itu, Wan Ahmad menjelaskan rasuah menurut akta kesalahan pilihan raya merujuk kepada pembelian undi "daripada calon kepada pengundi".
"Kalau melibatkan yang di depan sana pelbagai manusia, (itu) bukan semua pengundi," katanya sambil menyerahkan perkara itu sebagai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
~MK~
REFORMASI KAJANG
Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI
Pembongkaran Video Seks DSAI
Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay
Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.
Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.
Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.
Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.
Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.
Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.
Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment