REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Tuesday, March 15, 2011

bUMNgOk Takut Kalah Debat

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) merasakan betapa rendah dan jeleknya pemikiran ketua penerangan kerajaan negeri, Datuk Hamdi Abu Bakar berhubung usaha untuk mempertemukan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.

Setiausahanya, Dr Raja Ahmad Al-Hiss berkata, Hamdi terlalu bimbang bagi pihak Umno sekiranya pertemuan tersebut berlangsung dan sekiranya ia berjaya.

Pihaknya merasa kesal dengan kenyataan Hamdi itu yang menyifatkan pertemuan tertutup antara kedua-dua tokoh itu tidak sesuai dan seolah-olah merugikan ummat Islam kerana ianya dipolitikkan.

DPPN Pk juga, katanya merasa kesal kerana masih ada umat Islam yang membezakan agama di dalam politik dan ianya tidak sepatutnya berlaku sama sekali.

“DPPN Pk melihat Datuk Hamdi tidak memahami Islam yang sebenarnya dan ianya bertentangan dengan slogan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir tentang konsep Islam dan agama kerana kurangnya permahaman di kalangan pimpinan Umno itu sendiri,” katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Sepatutnya, kata beliau ia perlu dilihat sebagai satu objektif baik kerana usaha itu akan memberikan kekuatan buat ummat Islam agar tidak bertelagah dengan hukum yang ada kerana bagi tokoh-tokoh agama agar tidak bertembung di khalayak umum.

Katanya, Pemuda PAS Perak sekali lagi berharap untuk menemukan kedua-dua tokoh tersebut berjaya walaupun ada pihak tertentu tidak senang dengan usaha itu.

“Malah ianya cuba dihalang agar tidak berjaya dan jelas perkara tersebut tidak menguntungkan Umno jika ianya diadakan dan bukannya kedua-dua tokoh tersebut,” ujarnya.

~harakah~

No comments: