REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Monday, March 14, 2011

Chua Sex Nak Jadi Hero Kristian di Malaysia

MCA menggesa kerajaan supaya segera membuat keputusan berhubung penahanan naskah kitab Injil Al-Kitab di dua pelabuhan di negara ini.

Presidennya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata, Kementerian Dalam Negeri perlu membuat ketetapan supaya kitab berkenaan dapat dilepaskan segera. Bercakap dalam satu sidang media petang ini, Chua berkata, peguam negara juga perlu membuat ketetapan berhubung isu berkenaan.

Chua juga berkata, isu berkenaan akan menimbulkan spekulasi dan dieksploitasi golongan tidak bertanggungjawab sekiranya dibiar berpanjangan.

Gesaan itu timbul berikutan kenyataan menteri dalam negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini bahawa penahanan kitab berkenaan adalah berkaitan kes rayuan oleh akhbar Katolik The Herald.

Kes rayuan itu adalah berhubung permohonan untuk menggunakan perkataan Allah di dalam penerbitannya. Hishammuddin juga dilaporkan berkata, peguam negara telah diminta untuk memberi pandangan bagi menyelesaikan isu berkenaan.

Dalam pada itu, Chua juga berkata kerajaan perlu jelas dalam pendiriannya dalam menjamin pendiriannya bahawa hak dan kebebasan seseorang menganut agama.

"MCA juga ingin menegaskan bahawa semua warganegara Malaysia mempunyai kebebasan untuk belajar dan mengamal agama mereka dalam sebarang bahasa tanpa halangan daripada pihak berkuasa.

"MCA mendesak bahawa semua kakitangan kerajaan supaya tidak mangambil tindakan yang keterlaluan atas sebarang (persuratan) agama demi menjamin keharmonian masyarakat," kata Chua lagi dalam satu kennyataan.

Tambahnya, kerajaan juga perlu memberi kebenaran untuk mencetak Al-Kitab dalam bahasa kebangsaan bagi membolehkan penerbitan itu diedarkan di gereja tempatan.

"Jika (kitab) Injil itu dicetak di Malaysia, ia (boleh) dicap dengan (label) 'untuk Kristian sahaja'," katanya lagi.

~MK~

No comments: