REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Wednesday, March 9, 2011

Cik Din Pengkhianat Agama

Sejak 20 tahun lalu rakyat negeri ini tanpa mengira kaum dan agama faham, Kelantan berbeza dengan negeri lain kerana tiada premis perjudian dan pusat-pusat hiburan. Malah kelebihan itu menjadi instrumen utama bagi menarik kehadiran pelancong ke negeri ini, sehingga Kota Bharu dan Rantau Panjang sesak setiap kali musim cuti persekolahan.

Masyarakat bukan Islam juga faham keharmonian hidup mulai dirasai kerana perbuatan yang menyalahi moral dikawal kerajaan negeri.

Bukan setakat itu sahaja, ada isteri penduduk bukan Islam datang menemui Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat merakam ucapan tahniah kepada kerajaan negeri kerana bertindak mengharamkan premis perjudian.

Kata nyonya terbabit sebelum ini keluarganya porak peranda kerana suami suka berjudi.

Anehnya selepas 20 tahun keharmonian dalam kehidupan masyarakat berlangsung, tiba-tiba ada pihak yang mempertikaikan langkah Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB BRI) menyerbu tempat menjual loteri secara gelap.

Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim berkata, tindakan MPKB BRI menyerbu premis yang disyaki menjual loteri sepatutnya disokong semua pihak.

“Rakyat Kelantan tanpa mengira agama dan kaum sudah faham, perbuatan judi mendatangkan banyak kesan negatif. Rumah tangga porak peranda, anak-anak terbiar.

“Jadi langkah pihak berkuasa tempatan mengambil tindakan kerana ada pihak yang melanggar peraturan sesuatu yang perlu dipuji.

“Tidak berbangkit PBT tidak berbincang dengan premis berkenaan kerana tuan punya kedai tahu mereka melanggar peraturan,” katanya di sini.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini dilaporkan berkata, tindakan kerajaan negeri mengharamkan penjualan tiket loteri memperlihatkan wajah sebenar PAS melayan masyarakat bukan Islam.

Malah ada pemimpin masyarakat bukan Islam di sini berhujah tindakan membanteras premis perjudian boleh mengurangkan sokongan masyarakat bukan Islam terhadap PAS. Mohd Zaki yang juga Timbalan Speaker Dun Kelantan berkata, setiap premis peniagaan menjalankan urusniaga berdasar kepada permohonan lesen yang dibuat.

“Tak kan pula kedai menjual buku mengambil kesempatan menjual benda lain yang tidak terkandung dalam syarat lesen premis seperti yang dimohon kepada MPKB BRI.

“Lebih-lebih lagi kalau mereka menjual tiket loteri lagilah salah kerana ia bertentangan peraturan PBT di negeri ini,” katanya.

Oleh itu beliau menyifatkan kenyataan Muhyiddin Yassin mempertikaikan langkah Kelantan mengharamkan judi sebagai mempersendakan agama sendiri.

Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Negeri, Abdullah Ya’kob berkata, tindakan tegas PBT membanteras pihak yang melanggar peraturan dapat menyelamatkan gejala sosial daripada terus menular.

~harakah~

No comments: