REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Sunday, March 13, 2011

Kawasan loji nuklear Fukushima disytihar darurat

Pemerintah Jepun mengisytiharkan darurat di lima kawasan loji nuklernya di wilayah Fukushima selepas sistem penyejukan loji berkenaan termasuk sistem sokongan gagal berfungsi selepas dilanda gempa pada ukuran 8.9 skala Richter.

Arahan berpindah juga turut dikeluarkan ekoran kebimbangan berlaku kebocoran dan peningkatan kadar radiasi ke kawasan sekitar yang dihuni puluhan ribu penduduk negara itu.

Difahamkan sekurang-kurangnya 20,000 penduduk telah pun dipindahkan dari kawasan berhampiran oleh pihak keselamatan negara itu. Sementara itu satu gempa bumi kuat berukuran 6.5 pada skala Richter di perairan timur Honshu, berlaku pada pukul 9.47 pagi waktu tempatan hari ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gempa bumi adalah di 292 km dari timur laut Tokyo dan 4,243 km dari timur laut Kudat di Sabah. Gempa bumi itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia dan jabatan sedang memantau perkembangan berkenaan.

Agensi berita Kyodo News pula melaporkan sehingga kini 398 ditemui mati manakala 805 lagi masih hilang. Lebih 1,000 orang dikhuatiri terbunuh dengan kebanyakan kematian akibat lemas.

Sekurang-kurangnya 124 gegaran pada ukuran 5 skala Richter berlaku selepas gempa kuat 8.9 skala Richter yang mengakibatkan tsunami setinggi 10 meter semalam.

~harakah~

No comments: