PAS kesal dengan sikap berdiam diri pihak polis terhadap beberapa insiden keganasan yang berlaku, didakwa daripada pihak Umno BN sepanjang berkempen.
Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, meskipun PAS dan Pakatan Rakyat berkali-kali mengingatkan Umno BN agar berkempen secara bersih, namun apa yang berlaku adalah sebaliknya.
Pihak lawan, katanya terus mengganggu dan menimbulkan provokasi di ceramah-ceramah Pakatan Rakyat selain melakukan perbuatan khianat terhadap kenderaan yang dikesan milik penyokong Pakatan Rakyat.
“Kami bagi pihak PAS amat kesal kerana tak ada tindakan daripada pihak polis meskipun kita telah berkali-kali membuat laporan secara formal dan tidak formal mengani perbuatan khianat yang berlaku.
“Setiap kali ceramah kita diganggu, ada kumpulan bermotor datang membuat kacau sedangkan bila Umno berceramah, kita tak pernah ganggu pun,” katanya.
Beliau yang juga ahli Parliman Kubang Kerian mengingatkan pasukan polis yang dihantar bertugas di Merlimau ini menjalankan tanggungjawab untuk menjaga keselamatan rakyat sepanjang tempoh kempen.
“Apa gunanya kehadiran polis yang ramai kalau perkara-perkara kecil begini tidak dapat diselesaikan. Tak perlulah satu pertemuan formal untuk berbincang perkara begini. Sepatutnya pihak polis tahu tanggungjawab mereka.
“Saya bimbang yang ramai hanya daripada cawangan khas yang datang berkempen untuk pihak Umno BN,” katanya pada sidang media di Markas Induk PAS PRK, pekan Merlimau.
~harakah~
REFORMASI KAJANG
Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI
Pembongkaran Video Seks DSAI
Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay
Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.
Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.
Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.
Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.
Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.
Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.
Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment