Selagi namanya Anwar bin Ibrahim selagi itulah persada politik negara pasti bergolak. Ternyata KERAjaan BumNgok terlalu takut kepada seorang yang bernama Anwar Ibrahim. Ketokohan Anwar Ibrahim selepas 'dilepaskan' dari penjara oleh Pak Lah begitu menggerunkan Murujib dan barua-baruanya.Kalau yang melawan itu Anwar Musa nak takut apa. Apatah lagi kalau Anuar Zain. Lagilah tak ada masalah. Tapi yang melawan merupakan bekas mantan TPM yang tahu segala rahsia pemimpin-pemimpin BumNgok dan negara.
Kerana itulah pelbagai konspirasi dicipta semata-mata tidak mahu Anwar Ibrahim menjadi PM ke6. Kalau aku cakap karang kata menghina mahkamah pula. Tapi semua rakyat tahu apa yang bakal terjadi kepada orang yang bernama Anwar Ibrahim.
Kenapa BumNgok tak takut kepada ketokohan Nik Aziz atau Lim Kit Siang?
Kerana jika Pakatan Rakyat menang dalam PRU13 ini sudah tentu PM ke6 akan jatuh ke tangan Anwar Ibrahim dari parti pembangkang. Maka segala pemimpin dari BumNgok yang dulunya kepingin sangat nak jadi PM ke6 dan seterusnya tak akan merasai lagi. Hanya tinggal angan-angan sahaja.
Kalau Pakatan Rakyat mencalonkan Haji Hadi sudah tentu akan dicipta konspirasi melibatkan Haji Hadi pula. Tak tahulah macam mana bentuk konspirasinya. Sedangkan Anwar Ibrahim yang pernah mengimami solat, mengetuai UIA, mengetuai ABIM, persatuan Islam difitnah meliwat dan kini terbabit pula dengan skandal seks dengan amoi Cina.
Rasa-rasa kalau Haji Hadi difitnah begitu orang boleh percaya ke? Samalah juga ketokohan Haji Hadi dan Anwar Ibrahim dalam keagamaan. Cuma Haji Hadi merupakan tok guru sedangkan Anwar Ibrahim ahli politik handalan.
Kes Liwat II yang dah semakin mengarut sudah muak didengar oleh rakyat. Apa yang terfikir oleh BumNgok menjelang PRU13 ini setelah membaca pembohongan MahaFiraun dalam buku terbarunya yang mengatakan Anwar Ibrahim pernah buat projek dengan empat wanita yang ditemuramahnya.
Tak ada ke adegan nak bersumpah laknak dalam masjid oleh empat wanita murahan tu. Tak beranilah kot bukan macam budak gaywatch SayFool tu. Tak ada maruah langsung. Jadi menandakan PRu13 dah semakin dekat bulan Jun ini maka perlu dicipta satu skandal baru yang ada ngam dengan Anwar Ibrahim.
Mungkin rakyat Malaysia pun ada otak juga. Takkanlah Anwar Ibrahim gila babi sangat nak tutuh jubuq SayFOOl tu. Jadi BumNgok pun terfikir kita buat skandal baru dengan betina pula. Mungkin rakyat akan percaya sikit. Fulamak jadi BumNgok nak kata yang Anwar Ibrahim ini biseksual lah pula. Kalau selepas ini rakyat masih tak percaya juga mungkin BumNgok akan buat skandal yang lebih pelik dan aneh pula yang akan ditanyangkan diseluruh pawagam yang Anwar Ibrahim ada skandal dengan haiwan pula.
Nampak gayanya BumNgok memang semakin terdesak dan mereka tidak tahu semakin banyak yang dicipta semakin kuat rakyat bersimpati dengan Anwar Ibrahim. Allah pun akan lebih sayangkan orang yang teraniaya. Memang betullah fatwa Dr Yusuf Qaradawi bahawa memang Anwar Ibrahim kini dianiaya. Lihatlah satu demi satu ujian besar melanda dirinya. Inilah petanda bahawa seorang insan yang lebih layak menjadi PM ke6 adalah Anwar Ibrahim kerana beliau telah menghadapi ujian dan rintangan secara fizikal dan mental yang begitu kuat dari musuhnya.
Namun selagi namanya Anwar Ibrahim dipersada politik negara selagi itulah akan dipastikan bahawa nama ini akan berkubur walau dengan apa cara sekalipun.
Hidup Anwar Ibrahim
Reformasi
No comments:
Post a Comment