REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Wednesday, March 9, 2011

Khalid akui masih 'jengkel dengan pelantikan Khusrin

Menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkata hubungan di kalangan pemimpin Pakatan Rakyat Selangor dengan penjawat awam dalam pentadbiran negeri kini telah bertambah baik. Begitu juga hubungannya dengan setiausaha kerajaan negeri yang baru dilantik – Datuk Mohammed Khusrin Munawi.

Proses pelantikan Mohammed Khusrin mencetus pergeseran di antara kerajaan Selangor dan persekutuan kerana didakwa membelakangkan kuasa menteri besar. Tambahnya, beliau menentang pelantikan Mohammed Khusrin bukan atas sebab peribadi tetapi kerana ia melibatkan soal prinsip.

Khalid berkata, beliau berasa kesal kerana sebelum ini beliau telah diundang untuk menyampaikan pandangannya di Institut Tabdbiran Awam Negara berhubung soal tataurus negara.

Masih jengkel

Namun melihat kepada perkembangan yang berlaku, semua pandangan yang diberikan ketika beliau mengetuai Permodalan Nasional Berhad itu nampaknnya "tidak berhasil." Bercakap kepada Malaysiakini dalam satu wawancara, Khalid mengakui bahawa beliau masih berasa jengkel dengan pelantikan Mohammed Khusrin sebagai setiausaha kerajaan negeri.

"Jika seorang jurulatih sebuah pasukan tidak boleh memilih pemainnya sendiri, bagaimana pasukan bola sepak itu boleh membentuk pasukan yang kuat dan kompetitif,.

"Jadi itulah asasnya. Walaupun undang-undang tidak membenarkannya, kita tidak boleh belakangkan menteri besar sebab dia adalah sebahagian daripada pasukan," katanya yang menyifatkan perkembangan yang berlaku itu sebagai sesuatu yang "tidak boleh diterima."

Khusrin masih baru

Namun, beliau kini menganggap Mohammed Khusrin sebagai salah seorang daripada pasukannya dan beliau berhasrat supaya semua anggota pasukannya itu bekerjasama demi kepentingan negeri itu.

Ditanya mengenai prestasi yang ditunjukkan Mohammed Khusrin, Khalid berkata bekas pengarah Jabatan Agama Islam itu "masih baru" dalam jawatan sebagai setiausaha kerajaan negeri.

"Tapi seperti penjawat awam berdedikasi yang lain, dia menunjukkan usaha untuk memperbaiki dirinya... Dia menyiapkan tugasanya dan dia laporkan kepada saya mengenai apa yang dia mahu lakukan," kata Khalid lagi.

Katanya, beliau gembira apabila para penjawat awam di Selangor dapat memberikan kerjasama yang baik dengan pasukannya. Tambahnya, perkara itu boleh dilihat dalam proses negeri itu membentuk satu program pembangunan tiga tahun yang akan dilancarkan pada 25 Mac.

Katanya lagi, program Agenda Selangor Untuk Rakyat (ARUS) itu dibentuk melalui perbincangan di peringkat bawah. Beliau menjelaskan, kerajaan negeri telah menjalankan sebanyak 12 pertemuan sejak pertengahan tahun lalu bagi mendapatkan input untuk program berkenaan.

Selain penjawat awam, pertemuan itu juga melibatkan kehadiran ketua-ketua pihak berkuasa tempataan, ketua kampung dan ahli majlis.

"Apabila kita bermesyuarat, mereka juga ambil bahagian dalam perbincangan. Jadi ia merupakan hubungan dua hala yang baik. Ini penting untuk memastikan anda menjalakankan pelaksanaan," katanya.

"Anda boleh lihat bahawa ianya dikumpulkan menjadi satu laporan yang mengambil kira pandangan, cadangan dan juga aduan oleh masyarakat Selangor," katanya lagi.

~MK~

No comments: