REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Wednesday, March 16, 2011

Kos pembinaan MRT Lembah Klang diketahui Mei ini

Kos pembinaan Projek Aliran Transit Mass (MRT) Lembah Klang akan diketahui penghujung Mei ini, persidangan Dewan Rakyat diberitahu semalam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, jumlah keseluruhan projek MRT Lembah Klang, termasuk kerja-kerja bawah tanah dan pembinaan masih dalam peringkat penilaian reka bentuk asas dan proses memuktamadkan.

Di samping itu, katanya, keputusan akhir jajaran setelah semua maklum balas diterima dan proses selepas pameran awam yang sedang berlangsung sekarang sehingga 14 Mei ini juga akan memainkan peranan dalam menentukan kos projek MRT tersebut.

"Anggaran yang lebih tepat dijangka diketahui menjelang hujung Mei iaitu setelah semua elemen kos diambil kira dan dimuktamadkan.

"Pada masa ini Syarikat Prasarana Negara Bhd. sebagai pemilik projek dan aset MRT sedang mengadakan proses kontraktor pra-kelayakan untuk projek tersebut,” katanya menjawab soalan asal Dr Tan Seng Giaw (DAP-Kepong) di Kuala Lumpur hari ini.

Tan ingin tahu anggaran perbelanjaan MRT Lembah Klang, peringkat dan tempoh pelaksanaan serta syarikat yang mengemukakan tender dengan MRT. Mohamed Nazri berkata tender untuk kerja-kerja projek MRT Lembah Klang itu akan dibuka selepas jajaran serta keperluan projek dimuktamadkan.

~Bernama~

No comments: