REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Friday, March 4, 2011

Malaysia Tanpa Rasuah Bersama Pakatan Rakyat

"Saya terlalu rindukan Malaysia menjadi sebuah Negara Islam yang dalamnya tiada lagi rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa, rampas hak rakyat dan sebagainya," kata pelakon, pengacara dan penulis lirik, Bob Lokman.

Jelasnya, akibat tenggelam dalam kejahilan membuatkan dirinya amat merindui satu kehidupan yang benar-benar tenteram, aman, sejahtera dan bebas daripada segala kongkongan politik liar yang ada hanya bertukar menjadi baik apabila pemimpinnya bercakap ketika Maulidur Rasul, Maal Hijrah atau majlis pembukaan Musabaqah Al-Quran.

Katanya, hanya dengan hidup sejahtera dalam keadaan tenteram jauh daripada dunia kejahilan sahaja seseorang itu dapat dididik atau mendidik keluarga agar taat dan patuh kepada Islam.

Jika tidak, ujarnya pasti sukar kerana kita hanya mendidik di rumah tetapi di luar rumah berbagai gejala mungkar berlaku.

Sudah cukup dirinya dipergunakan untuk tujuan mungkar kerana masa depan adalah untuk Islam, maka beliau rela berada di mana sahaja untuk meningkatkan imej serta bersama-sama menambahbaikkan dan ketrampilan PAS terhadap anak muda masa kini.

"Biarlah apa yang berlaku dulu dianggap sejarah hitam buat diri saya. Hari ini saya bangga duduk dalam PAS kerana dapat membantu memenangkan PAS serta Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum kelak," jelasnya.

Ketika temubual, beliau bertekad meninggalkan terus bidang lakonan setelah drama terakhirnya 'Cinta Tikar Sejadah' sebanyhak 13 episod yang ditayangkan di TV mengagumkan ramai pihak.

Namun beliau boleh kembali semula sekiranya kerajaan membuat peraturan agar semua krew dan syarikat pengeluar filem supaya setiap drama mesti berunsur nasihat dan bebas daripada pergaulan lelaki dan wanita.

"Walaupun nak wujudkan situasi itu sukar namun boleh dilakukan asalkan semua pihak faham dan hormat menghormati bukan dalam drama berlagak alim tetapi di pentas masyarakat seorang yang lebih teruk akhlaknya dari orang bukan Islam," tegas beliau.

Turut serta dalam pertemuan singkat itu ialah Ketua Penerangan PAS Negeri Pulau Pinang, Zulkiply Ishak dan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Yusni Mat Piah.

~harakah~

No comments: