REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Tuesday, March 15, 2011

MB Kedah sedia jawab pada sidang Dun isu manifesto

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak bersedia menjawab sebarang soalan berkaitan pencapaian melaksanakan 80 peratus manifesto pilihan raya umum (PRU) lalu pada sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) April nanti.

Azizan mengulas desakan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir yang meminta kerajaan negeri mengemukakan bukti kejayaan PAS melaksanakan janji-janji yang terdapat di dalam manifesto lalu.

Menurutnya, beliau akan menjawab semua soalan yang bakal diajukan oleh pemimpin Umno dan Barisan Nasional mengenai kejayaan kerajaan negeri yang dipimpinnya.

“Tak perlu nak senaraikan kepada mereka kerana kita sebelum ini sudah senaraikan kejayaan yang dibuat kerajaan dalam Warta Darul Aman. Saya akan jawab kalau mereka tanya nanti.

“Mereka cakap nak tengok ekonomi, mai tegok sendiri, kalau nak bukti pi tengok dekat Audit Negara, kita dapat RM53 juta tahun ni hasil balak,” katanya kepada media selepas lawatan ke Ladang Nanas milik Kedah Agro Holding Berhad di Laka Temin, semalam.

Isu ini timbul apabila Pengerusi Jawatankuasa Penerangan dan Pembangunan Usahawan Negeri, Abdul Ghani Ahmad dalam kenyataannya mendedahkan kejayaan kerajaan negeri melaksanakan 46 perkara (80.7 peratus) daripada 57 perkara yang terdapat di dalam manifesto PRU 12 lalu.

~harakah~

No comments: