REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Sunday, March 13, 2011

MP Sivarasa dilarang masuk Sarawak

Ahli parlimen Subang R Sivarasa telah dilarang daripada memasuki Sarawak setibanya beliau di Lapangan Terbang Antarabangsa Kucing. Sivarasa memberitahu Malaysiakini beliau mendarat pada jam 10.10 pagi dengan penerbangan AirAsia bersama ahli exco kerajaan negeri Selangor, Xavier Jayakumar.

Kedua-dua mereka ke Sarawak bagi menghadiri konvensyen PKR yang dijadualkan hari ini.

“Saya ditahan di kaunter imigresen dan dimaklumkan bahawa terdapat masalah,” katanya.

Buat masa ini, Sivarasa ditahan di bilik pemeriksaan imigresen di Lapangan Terbang Kucing dan dijangka akan dikenakan perintah halangan masuk.

“Mereka akan hantar saya balik ke Kuala Lumpur pada penerbangan seterusnya yang mempunyai tempat,” katanya.

Xavier, diiringi oleh isterinya, Sheila Devaraj dan seorang pembantu, Abdul Razak Ismail. Kedua-dua mereka dan Jayakumar bagaimanapun dibenarkan masuk.

"Saya dilarang masuk ke Sarawak, dan sekarang sedang dieskot balik ke pesawat untuk pulang ke Kuala Lumpur," katanya.

Menurut beliau, tiada alasan kukuh yang diberikan berhubung larangan itu.

Arahan pejabat ketua menteri

"Tiada alasan apa-apa, hanya mereka katakan arahan telah dikeluarkan oleh pejabat Ketua Menteri untuk melarang saya dari masuk," katanya.

Sivarasa tidak menolak larangan itu berkemungkinan kerana kegusaran kerajaan dengan kehadiran beliau di Sarawak, serta menyifatkan tindakan itu sebagai tidak wajar dan melanggar hak asasi.

"Saya pun tak tahu apa yang mereka takutkan terhadap saya dan saya anggap ini sebagai satu salah guna kuasa dan melanggar hak asasi saya sebagai seorang wakil rakyat dan ahli parlimen dan tindakan ini adalah tidak patut," katanya.

Ini adalah kali kedua Sivarasa dilarang memasuki Sarawak.

Pada 2009, pihak imigresen Sarawak menghantarnya pulang ke Kuala Lumpur manakala dua bulan sebelum ini, ahli parlimen Padang Serai N Gobalakrishnan juga dihantar pulang. Sivarasa kemudiannya dihantar pulang ke Kuala Lumpur pada penerbangan jam 11.55 pagi.

Sementara itu, penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang tiba di Lapangan Terbang Kuching pada jam 11.25 pagi, dibenarkan masuk. Ketua PKR Sarawak, Baru Bian, memberitahu pemberita bahawa parti itu akan membawa perkara berkenaan ke mahkamah.

"Ketika dihalang memasuki Sarawak kali pertama pada 2009, pihak Imigresen berkata Sivarasa tidak mempunyai surat jemputan. Tapi kali ini, kami memastikan dia menerima surat jemputan untuk konvensyen parti namun dia tetap dilarang sekali lagi," katanya.

~MK~

No comments: