REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Thursday, March 24, 2011

Murujib dan Rosmah 'SAKSI' Anwar Liwat SayFOOL?

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor adalah antara 73 saksi yang ditawarkan oleh pihak pendakwaan kepada barisan pembelaan dalam bicara kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Turut ditawarkan adalah bekas ketua polis negara, Tan Sri Musa Hasan serta senator Muhamad Ezam Mohd. Nor, beberapa kenalan Anwar dan tunang Mohd Saiful Bukhari Azlan. Mahkamah Tinggi pada perbicaraan hari ini juga menolak permohonan pembelaan bagi hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah menyemak semula keputusan yang dibuatnya semalam.

Katanya, tiada asas untuk berbuat demikian setelah meneliti hujahan yang dibuat oleh kedua-dua pihak. Berikutan itu, Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin memanggil semula dua saksi bagi membolehkan tiga barangan yang sebelum ini dipertikaikan diterima sebagai bukti.

Barangan berkenaan - sebuah botol air minuman berjenama Cactus, tuala 'Good Morning' dan sebatang berus gigi berwarna putih. Semua barangan ini diperolehi daripada sel Anwar selepas beliau ditahan semalaman oleh polis pada 16 Julai, 2008.

Dua saksi berkenaan - ahli kimia Nor Aidora Saedon dan bekas ketua Penyiasat Lokasi Jenayah, Supt (Rtd) Amidon Anan -terbabit mengendalikan barangan berkenaan. Nor Aidora sebelum ini pada keterangannya berkata DNA yang diperolehi daripada barangan tersebut adalah daripada 'Lelaki Y”.

Mohd Yusof kemudian memohon dua minggu bagi pihaknya mengemukakan hujah. Peguambela Karpal Singh pula meminta tiga minggu.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah kemudian menangguhkan perbicaraan sehingga 18 April ini bagi membolehkan kedua-dua pihak membuat persiapan.

~MK~

No comments: