PAS akan membawa isu perjudian di negara ini ke mesyuarat pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat untuk diselesaikan dengan baik.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dalam kenyataannya berkata, PAS tahu, sikap Umno dan BN menghalalkan judi sebab itu lesen-lesen perjudian di keluarkan oleh Kerajaan Persekutuan.
"Kita mahu Pakatan Rakyat mempunyai sikap yang tegas dan berbeza dengan BN dalam hal ini," kata beliau dalam kenyataannya itu.
Baru-baru ini, kerajaan negeri Kelantan telah mengambil tindakan terhadap premis yang menjual tiket-tiket perjudian di Kelantan. Ekoran itu, beberapa kenyataan dikeluarkan oleh pemimpin DAP dan yang terakhir adalah kenyataan Karpal Singh, pengerusi DAP semalam yang mempertikaikan tindakan Kelantan itu.
"Suka saya maklumkan di sini, menjadi polisi kerajaan negeri Kelantan sejak 20 tahun lalu untuk menentang sebarang bentuk perjudian.
"Bagi saya, isu ini perlu dilihat dalam ruang lingkup yang lebih luas dan tidak terbatas kepada Islam dan bukan Islam atau Melayu dan bukan Melayu sahaja.
"Apa yang perlu dilihat adalah kesan buruk daripada perjudian. Pada saya ia ditolak semua agama dan oleh prinsip kemanusiaan untuk wujudkan keluarga, masyarakat dan negara yang baik," kata beliau dalam kenyataannya itu.
~harakah~
REFORMASI KAJANG
Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI
Pembongkaran Video Seks DSAI
Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay
Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.
Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.
Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.
Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.
Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.
Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.
Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment