REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Tuesday, March 15, 2011

Rumah dan pejabat 2 ADUN PKR dipecah masuk

Dua wakil rakyat PKR menjadi mangsa kecurian apabila premis mereka masing-masing dipecah masuk sehingga melibatkan kerugian sebanyak RM10,000. Kejadian di rumah ADUN Teja Chang Lih Kang di Ipoh malam tadi, disyaki dilakukan "pencuri profesional" kerana sudah dua kali berlaku sebelum ini.

Manakala ADUN Batu Uban V Raveentharan pula yang pusat khidmat masyarakatnya yang disedari dipecah masuk pagi tadi kehilangan sebuah monitor dan Unit Pemprosesan Pusat (CPU) komputer.

Menurut Chang, kejadian di rumahnya malam tadi berlaku antara jam 8 hingga 11 malam semalam sewaktu beliau dan keluarganya tidak berada di tempat kejadian.

Tambahnya, selepas memeriksa, beliau mendapati sebuah telefon, sebatang pen berjenama, dua beg tangan ibunya dan wang tunai RM800 - kesemuanya dianggarkan RM10,000 - sudah lesap ketika mereka pulang.

"Ini adalah kejadian (kecurian) kedua berlaku dalam tempoh tiga bulan. Kali pertama berlaku pada 27 November tahun lalu," katanya dengan nada kecewa.

Chang juga tidak mengesyaki perbuatan itu bermotifkan politik dan telah membuat laporan polis sejurus selepas kejadian.

Gambar, fail penting hilang

Sementara itu, Raveentharan pula berkata kejadian di pejabatnya di Bayan Baru itu disedarinya oleh seorang pembantunya yang tiba ke pejabat pada jam 10 pagi tadi.

"Banyak gambar dan fail-fail penting dalam komputer itu. Ada (juga) fail surat menyurat dalam komputer itu," kata Raveentharan kepada Malaysiakini.

Wakil rakyat PKR itu bagaimanapun mengesyaki kejadian itu berlaku semalam atau kelmarin ketika tiada sesiapa di pejabat kerana bercuti hujung minggu. Pemeriksaan di tempat kejadian mendapati, pintu pusat khidmat itu - yang baru lima bulan digunakan - terdapat kesan kopakan, dipercayai dilakukan oleh pencuri.

Bagaimanapun, tambahnya, keadaan pejabat kekal tersusun dan seperti tidak disentuh. Pihaknya telah membuat laporan di balai polis berdekatan.

~MK~

No comments: