Perbicaraan dalam perbicaraan dalam kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersambung hari ini dengan Peguam Cara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden memberitahu mahkamah pihak pendakwaan mahu menyoal semula ketua pembangkang itu.
Hari ini sepatutnya giliran peguam, R Sivarasa yang juga ahli parlimen Subang memberi keterangan.
Anwar berkata beliau memang ada menandatangani sebuah dokumen berhubung penahannya di IPK KL tetapi tidak ingat sama ada ia waran tangkap.
Yusof kemudiannya menunjukkan sesalinan dokumen itu tetapi dibantah oleh peguam Karpal Singh yang berkata salinan asal mesti dikemukakan.
Katanya Akta Bukti tidak relevan dalam situasi dan pihak pendakwaan mesti mengemukakan salinan asal.
"Okay, jika awak bantah, saya tarik balik soalan,” kata Yusof sambil menambah beliau mempunyai soalan lain.
Yusof: Awak ingat ada tandatangani beberapa dokumen tetapi tidak tidak ingat?
Anwar: Saya ingat ada tandatangani tetapi tidak ingat apa yang ditandatangani itu.
Yusof: Adakah awak bertanya kepada (pegawai penyiasat) Jude (Pereira) mengapa awak di sana?
Anwar: Saya ada tanay mengapa saya diperlukan. Saya berkeras mahu melihat laporan polis terhadap saya (laporan Saiful). Laporan polis itu hanya diberikan beberapa bulan selepas itu.
Yusof kemudiannya menunjukkan 112 kenyataan asal yang diambil dari Anwar pada 16 dan 17 Julai 2008.
"Betul, ini keterangan saya tetapi saya mesti pastikan tiada pindaan dibuat selepas pengalaman saya dengan pihak pendakwaan kata anwar.
Karpal memohon Anwar diberikan masa membaca kenyataan itu dan beliau kemudian mengesahkan kandungan 112 kenyataan berkenaan.
Karpal kemudiannya meminta Anwar melihat mukasurat 2 kenyataan itu.
Karpal: (Ini) salinan 112 kenyataan yang diberikan kepada peguam anda?
Anwar: Ya.
Karpal: Saya mahu awak rujuk kepada salinan yang diberikan kepada anda. Saya mahu tandakannya. Adakah perbezaan antara salinan yang diberikan kepada anda dengan salinan yang ditunjukkan itu?
Anwar: Ya, ada tertulis 'sulit' pada yang asal, tetapi salinan saya tidak ditulis 'sulit'.
Tambah ketua pembangkang itu, perkataan 'sulit' juga tidak terdapat pada setiap mukasurat salinannya. Beliau juga mendapati ada perbezaan di mukasurat 2 antara salinannya dengan yang asal dan berkata seolah-olah mukasurat itu dimasukkan.
Karpal: 'Rakaman percakapan lisan selesai' pada mukasurat 21?
Anwar: Saya nafikan pertuduhan dan saya beri kerjasama penuh. Saya tanya Jude jika semuanya sudah selesai. Dia kata selesai. Saya berbuat demikian kerana mahu dibebaskan!
Karpal: Adakah anda dimaklumkan sebab ditahan oleh Jude?
Anwar: Tidak
Karpal: Hanya tuduhan dibacakan dan tiada alasan tangkapan diberikan oleh Jude?
Anwar: Ya (betul). Mesti ada alasan bagi menangkap seseorang. Polis mesti mempunyai asas untuk tangkapan.
Yusof kemudiannya memohon kebenaran bertanya soalan melalui mahkamah.
Yusof: Selepas mukasurat 21, apa yang ditulis adalah pemeriksaan di HKL (Hospital Kuala Lumpur)?
Anwar: Ya, sebahagian besar adalah mengenai pemeriksaan di HKL
Karpal kemudian meminta Anwar melihat sekali lagi pada mukasurat 2 pada salinan asal yang tidak bernombor pada salinannya dan bertanya sama ada kandungannya sama.
Anwar: Setelah melihat salinan asal, saya tidak pasti sama ada ini adalah yang sama. Tiada tandatangan yang serupa pada mukasurat 2.
Karpal: Apa perbezaan itu?
Anwar: Ia hanya tertulis 'Borang Rakaman Percakapan', tiada tandatangan sama ada oleh saya atuapun Jude pada mukasurat 2.
Justeru, kata Anwar 112 kenyataan yang dihantar kepada peguamnya bukan salinan sebenar kenyataan tersebut.
"Tandatangan jelas berbeza," katanya.
~MK~
REFORMASI KAJANG
Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI
Pembongkaran Video Seks DSAI
Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay
Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.
Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.
Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.
Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.
Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.
Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.
Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment