REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Monday, March 7, 2011

Taib jumpa pemimpinan kanan PBB

Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang juga pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak mengadakan satu mesyuarat tertutup dengan beberapa pemimpin kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di tingkat lima Kompleks Dewan Undangan Negeri Baru di Petra Jaya pagi tadi.

Antara pemimpin kanan PBB yang hadir ialah Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Alfred Jabu Numpang yang juga Timbalan Presiden I PBB, Menteri Penasihat Khas di Pejabat Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem (Ketua Penerangan), Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar Datuk Amar Abang Johari Tun Openg (Timbalan Presiden II), Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber II Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan (Naib Presiden Kanan I), Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Komunikasi Datuk Seri Michael Manyin Jawing (Naib Presiden) dan Menteri di Pejabat Ketua Menteri Datin Fatimah Abdullah (Timbalan Ketua Wanita).

Turut hadir pada masyarakat tersebut ialah Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Dougles Uggah Embas (Naib Presiden Kanan II) dan Timbalan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Datuk Fadillah Yusof (Ketua Pemuda).

Setiausaha Akhbar Ketua Menteri Jameson Ahip Nawie ketika ditemui media untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung pertemuan tersebut bagaimanapun enggan memberi ulasan dan menjelaskan ia hanya mesyuarat mingguan biasa ketua menteri.

"Siapa bagi arahan kamu datang sini, ini mesyuarat biasa sahaja, kalau ada pengumuman kita akan panggil media," katanya sebelum mengeluarkan arahan kepada beberapa wartawan dan jurugambar media nasional agar segera beredar dari bangunan tersebut.

~Bernama~

No comments: