REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Monday, March 7, 2011

Tangkapan Anwar tidak sah

Tiga bahan yang mahu dikemukakan oleh pihak pendakwa sebagai bukti dalam kes liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, hendaklah ditolak kerana penangkapan ketua pembangkang itu, menyalahi undang-undang.

Peguam Karpal Singh berkata, bahan-bahan tersebut, di mana profil DNA diperolehi, diambil melalui cara yang tidak betul dan tidak adil atau melalui tipu muslihat.

Peguam kanan dan ahli parlimen Bukit Gelugor itu berkata Anwar telah memberi keterangan bahawa tiga peguamnya - Datuk Param Cumaraswamy, Sivarasa Rasiah , dan Sankara Nair - berada di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pada 16 Julai 2008, untuk kenyataannya direkodkan.

“Pada masa itu Anwar tahu mengenai temujanjinya pada jam 2 petang di IPK Kuala Lumpur untuk memberi kenyataan mengikut seksyen 112 berkaitan dengan aduan Mohd Saiful Bukhari Azlan," katanya.

Katanya, Anwar juga memberi keterangan bahawa dia telah memaklumkan kepada pegawai SPRM untuk pergi ke Kuala Lumpur untuk memberi kenyataannya kepada pihak polis.

Dalam perjalanan balik, hujah Karpal, kereta Anwar telah dihalang oleh beberapa kereta tidak bertanda dan kereta polis dengan 10 hingga 15 anggota komando yang memakai penutup muka dan bersenjatakan mesingan.

“Sankara yang duduk di kerusi depan, telah bertanya kepada Supt Ahmad Taufik Abdullah tentang penangkapan tersebut, tetapi pegawai itu menjawab dia hanya mengikut arahan menangkap Anwar.

“Sankara tidak diberitahu alasannya dan begitu juga dengan Anwar apabila Taufik duduk di sebelahnya di kerusi belakang kereta polis. Apabila disoal balas oleh peguamcara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, Anwar menafikan yang dia mengetahui mengapa dia ditangkap,” katanya.

~MK~

No comments: