REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Monday, March 7, 2011

Tempat bUMNgOk Memanglah Selesa

Kemenangan berganda BN di Merlimau dan Kerdau boleh dijadikan penanda aras sokongan rakyat, namun parti itu harus mengambil iktibar daripada tsunami politik yang diharunginya pada pilihan raya umum 2008, kata penganalisis politik, Datuk Dr Zainal Kling.

"Ini kerana sokongan sokongan pengundi di kawasan bandar masih belum dapat dipastikan, namun kini sudah ada tanda-tanda sokongan rakyat mula kembali kepada BN," katanya ketika mengulas kemenangan BN itu.

Dengan dua kemenangan hari ini, BN menangi lapan daripada 16 pilihan raya kecil yang diadakan sejak pilihan raya umum 2008. Sebelum ini, BN menang pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi, DUN Galas, DUN Tenang, DUn Bagan Pinang, DUN Batang Ai dan parlimen Hulu Selangor.

Dr Zainal berkata, kemenangan calon BN di Merlimau dan Kerdau dengan majoriti yang besar semalam, dilihat mencerminkan kembalinya 'mood' sokongan dan keyakinan rakyat kepada BN.

Katanya, beliau yakin dengan usaha keras kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mewujudkan pelbagai dasar terutama Pelan Transformasi Kerajaan (GTP), Pelan Transformasi Ekonomi (ETP), Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), BN akan diterima baik oleh rakyat, tambah mengukuhkan kembali sokongan terhadap BN.

"Apa yang perlu dilakukan oleh kerajaan BN ialah melipatgandakan usaha bagi mengekal momentum yang sedia ada, kerana pakatan pembangkang sentiasa merangka dan mewujudkan pelan pembangunan dan agenda tersendiri bagi menarik minat rakyat," katanya.

Timbalan Naib Canselor INTI International University Prof Datuk Dr Ibrahim Ahmad Bajunid pula berkata dengan kemenangan berganda ini, BN tidak sepatutnya merasakan mereka di dalam keadaan selesa kerana sejarah membuktikan bahawa kesilapan yang kecil, baik dari individu mahupun parti, mampu menimbulkan 'turn-over' sehingga membawa kepada tsunami politik seperti pilihan raya umum 2008.

Bagaimanapun menurutnya BN kini berada di atas landasan yang betul dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Sementara itu Pensyarah Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM) Mohamad Faisol Keling pula berpendapat tsunami politik kini dilihat melanda pembangkang pula apabila sejak akhir-akhir ini mereka sering berhadapan dengan kekalahan.

"Mereka kini dilihat berturut-turut menghadapi kekalahan bermula dengan pilihan raya kecil DUN Galas pada 4 November lepas, diikuti dengan pilihan raya kecil DUN Tenang pada 30 Januari lepas dan kini di Merlimau dan Kerdau," katanya.

Beliau berkata ini membuktikan rakyat tidak lagi menerima ideologi PKR-DAP-PAS yang sering berubah-ubah untuk kepentingan segelintir individu dan parti.

"Ini yang jadi ukuran kepada masyarakat, di mana nilai perjuangan PAS diburukkan apabila PAS berkongsi kuasa dengan DAP dan PKR, dan secara tidak langsung menunjukkan PAS langsung tidak konsisten dalam dasar perjuangan mereka.

"Orang lebih yakin dengan dasar BN yang konsisten, yang berlainan dengan dasar pakatan pembangkang yang hanya berkisar kepada kepentingan parti atau individu sehingga mengakibatkan mereka kehilangan sokongan pengundi yang pernah menaikkan mereka pada PRU 2008 dahulu," katanya.

Mohamad Faisol turut berpendapat, kemenangan di Merlimau dan Kerdau ini turut memperlihatkan kembalinya sokongan pengundi di atas pagar terutamanya pengundi muda.

Dalam pilihan raya kecil DUN Merlimau, calon BN Roslan Ahmad menewaskan Yuhaizad Abdullah dari PAS dengan majoriti 3,643 undi, manakala di DUN Kerdau, PAS turut menerima tamparan hebat apabila calonnya Hassanuddin Salim tewas kepada calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad dengan majoriti 2,724 undi.

~Bernama~

No comments: