REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Thursday, March 3, 2011

Teoh Bukan Kaki Ngangkung

Peguam yang bertindak bagi Majlis Peguam, Christopher Leong hari ini cuba menolak teori bahawa pembantu politik DAP, Teoh Beng Hock mencangkung di ambang tingkap sebelum melompat hingga menyebabkan kematiannya selepas ditahan dan disoal oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dua tahun lalu.

Sambil memegang kasut milik Teoh, Leong pada Suruhanjaya Diraja pagi ini, menolak kesan calar yang sebelum ini dikatakan sebagai bukti bahawa Teoh mencangkung di ambang tingkap yang dikemukakan oleh ahli patologi Pusat Perubatan Universiti Malaya (UMCC) Prashant Naresh Sambekar.

Leong yang menyoal-balas Prashant, berkata tidak mungkin bagi Teoh mencangkung di ambang tingkap yang hanya 3mm hingga 5mm lebarnya dan mendapat kesan calar tersebut di tapak kasutnya.

"Awak memberi hipotesis ini bahawa si mati mencangkung di tepi tingkap. Tetapi bagi seseorang untuk menghampir kedudukan itu, beliau perlu memanjat keluar dan memegang sesuatu,” katanya.

~MK~

No comments: