REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Wednesday, April 20, 2011

Bekas pengerusi kaya peneroka nganga

Agensi Pembangunan Tanah Persekutuan (Felda) digesa menjelaskan satu dakwaan bahawa bekas pengerusinya, Tan Sri Mohd Yusof Noor telah diberi 'hadiah persaraan' RM84,000 oleh salah satu daripada 10 wilayah Felda.

Presiden Persatuan Anak-anak Peneroka Felda (ANAK) Mazlan Aliman mendakwa beliau telah memperolehi slip pembayaran - yang ditunjukkannya kepada Malaysiakini - menunjukkan wilayah Segamat membayar jumlah itu pada masa yang sama Mohd Yusof bersara pada bulan Januari.

"Ini baru satu wilayah. Adakah wilayah lain juga diarahkan membuat bayaran seperti itu? Jika mereka bayar, adakah jumlahnya sama?" soalnya dalam satu sidang akhbar semalam.

Dalam respons segeranya, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan yang bertanggungjawab terhadap Felda - bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut. Sambil mendakwa Mazlan berbohong, Ahmad berkata mengapa Felda Segamat - yang tidak adapun wang sebanyak itu - memberi RM84,000 kepada bekas pengerusi.

Semakan dengan pegawai di sana menunjukkan wilayah Segamat hanya memberi Mohd Yusof (kanan) hadiah bernilai kira-kira RM2,000.

“Mazlan ini... anda perlu semak semua apa yang diperkatanya. Mungkin Mazlan tidak tahu bagaimana hendak mengira, (sebab itu) dia dapat jumlah RM84,000,” sindir Ahmad (bawah, kiri) ketika dihubungi Malaysiakini.

Mohd Yusof yang digantikan oleh bekas menteri besar Negri Sembilan, Tan Sri Isa Abdul Samad, menjadi sasaran kritikan ahli parlimen Subang, R Sivarasa PKR yang mencabarnya supaya mendedahkan jumlah pendapatannya.

Ogos lepas, Sivarasa mendakwa di Dewan Rakyat bahawa Mohd Yusof memperolehi kira-kira RM2 juta setahun pada masa simpanan tunai Felda dikatakan merosot. Mohd Yusof kini menjadi penasihat kepada Ahmad.

Sementara itu, Mazlan berkata peneroka Felda dari tiga kawasan, termasuk Temerloh di Pahang akan memfailkan saman terhadap agensi itu awal bulan depan.

~MK~

No comments: